Friday, December 31, 2010

Selamat tahun baru!

1.1.2011 hari ini.Selamat Tahun Baru.Selamat maju jaya pada SEMUA tak kira siapa.Siapa saja, dimana berada,di ulu desa dan di tengah kota,yang tua dan muda,yang miskin dan kaya.Jangan lupa pada yang menderita!!!.

Thursday, December 30, 2010

Bolasepak memerlukan khidmat Rajagopal.

Saya mengucapkan tahniah pada Rajagopal dengan sikap tegas dan bertanggungjawab.

Kini saya mula yakin bahawa kejayaan bolasepak negara baru2 ini kerana kesungguhan dan kometmen yang  ikhlas dari Rajagopal dan para pemain dan peyokongnya.

Orang2 seperti Rajagopal di perlukan oleh bolasepak negara.

.....akhir DICember ini.

Saya masih ingat ketika masih kecil dalam lingkungan 10th.saya mengikuti emak dan abang2 saya kesatu daerah paling sunyi yang dinamakan Sungai Mas(nama sekarang) nama yang asalnya Sungai Rimba.

.Di sana tempatnya begitu pendalaman dan di tengah2 hutan rimba belantara.Emak dan abg2 saya mengikut orang2 kampung untuk pergi membuka penempatan.Iaitu memugar tanah untuk dijadikan tapak pertanian.

Saat yang masih saya ingat hingga hari ini adalah semasa saya berjalan2 di sekitar tempat tinggal saya terjumpa sungai yang mengalir jernih sejernih2nya hingga nampak dasarnya pasir.Yang lebih mengkagumkan lagi ialah apabila saya ternampak sekumpulan ikan berwarna-warni,berjaluran dan berkilauan.Saya terpesona dengan keadaan ini,seolah2 sepanjang saya berumur 10th inilah buat pertama kali saya melihat satu keindahan yang tak dapat diceritakan

.Begitulah rasanya sampai tiada ayat yang dapat disusun dengan indah untuk menceritakan keadaan itu

.Bagi orang yang hidup amat sederhana bila mereka' mendapat' satu perkara yang amat tulus dan origenal mereka akan mendapat bahagia yang tidak ternilai harganya.Ia BAHAGIA.

Jadi janganlah kita lupa diluar sana ada lebih ramai dari apa yang kita jangka bahawa adik-kakak,saudara-mara kita yang masih lagi kais pagi makan pagi,kais petang makan petang

.Kepada yang berwajib dan bertanggungjawab berkerjalah dengan sejujur2nya dan seikhlasnya semoga rezki yang melimpah ruah diMalaysia ini dapat di agihkan samarata dan tidak hanya kepada sekitar2nya saja.

Mendapat BAHAGIA itu hanyalah yang ikhlas dan origenal

.Tidak perlu projek2 yang mega2 saja.Orang kampung perlu ketelusan dan pengagihan kekayaan dan  ada niat untuk mengunakan sama-rata.Kemudahan2 asas,sara hidup yang sederhana.

Janganlah ada diantara pemimpin menggunakan kesempatan2 yang ada untuk mengumpulkan harta kekayaan.Tahun2010 akan berlalu.Buang segala perasaan tamakhaloba,hasad dengki dan sebagainya.Lihat orang2 miskin dengan sejujur2nya,bukan hanya untuk menangis didepan kamera suratkhabar dan tv.

Marilah kita sama2 berganding bahu untuk Malaysia yang lebih BAHAGIA.salam pada semua dan segala kesalahan dan kelemahan maaf di minta.SELAMAT TAHUN BARU.Sambutlah dengan penuh kesedaran.

Wednesday, December 29, 2010

Akan Datang akhir disember ini.Bulan diranting Pohon.

Akan datang akhir dicember ini.Kopratasa mesti ingat ini adalah salah satu lirik lagu mereka yg amat popular pada satu ketika dulu yg di nyanyikan oleh Usop.Tambah manis bagi saya adalah kerana semua ahli2 Kopratasa adalah sahabat2 lama masa kami sama2 berteater di panggung drama jalan Bandar dan sekitar Kuala Lumpur dulu.

Saya mengharapkan dan disertai doa akhir dis. ini Allah merahmati Negara Malaysia dan di sambung dengan rezki yang melimpah dan kesedaran untuk tiap2 orang lebih baik dan berguna untuk Malaysia.

Marilah kita sama-sama melihat apa yang kita sudah lakukan untuk diri kita,keluarga,masyarakat dan negara.Kalau tahun baru ini kita hanyalah ingin memperbaiki lagi diri kita untuk menjadi salah seorang yang lebih baik dari sebelumnya itu sudah memadai.

.Cita2 dan perancangan besar pun tidak akan membawa erti sekiranya kita masih lagi ditahap lama dan langsung tidak berlaku pengembangan baru pada jiwa dan raga kita.Moga segala cabaran dapat ditangani dengan jayanya.Amin.

Tahniah kepada bolasepak negara.

Malam tadi sungguh indah bagi negara Malaysia dan seluruh pendduduknya tak kira bangsa,agama,parti politik yang memerentah dan pembangkang semuanya tersenyum puas dan merasa amat bermakna setelah sekian lama kita iaitu para peminat bola amat merasa kecewa dengan perkembangan bolasepak negara.

Tahniah Rajagopal,semua pegawai dan bos bolasepak negara.Tentu sekali amat istimewa kepada para pemainnya

.Moga kegemilangan bolasepak negara kembali bertakhta.Tahniah!

Harga bawang naik melambung!

Dua hari lepas semasa saya sedang membeli barang2 keperluan dapur saya terkejut besar bila membeli bawang besar yang selalu saya beli dalam lingkungan 1ringgit lebih menjadi 5 ringgit lebih,apa sebab!!!!. Saya tak dapat jawapan sampai saat ini.

Kalau saudara tak percaya sila pergi beli bawang  besar hari ini.Fuh!!!!!!

Monday, December 27, 2010

Jangan abaikan nasi nanti dia menangis.

Masa saya sedang minum bersama2 anak-anak ,salah seorang dari anak saya yang berumur 9th berkata terhadap adiknya yang sedang makan nasi lemak,"makan nasi tu habis nanti nasi menangis. Lalu saya teringat masa saya kecil-kecil dulu mak saya pernah juga berkata ayat yang lebih kurang sama.Sekarang baru saya rasa perkataan itu sungguh membawa makna yang besar.Walaupun sebiji nasi ianya datang dari rezki yang Allah berikan.

Bolehkah kita membazir begitu saja.Orang2 yang mengerti kalau mereka makan nasi sedikitpun tidak tertinggal bekas walaupun sebiji nasi didalam pinggan.Saya sungguh kerap melihat kenalan dan kawan2 bila makan mereka selalu tak kehabisan makanan dan masih tertinggal banyak lagi nasi dan lauk-pauk didalam pinggan atas alasan tak lalu nak makan atau kekenyangan.Tak baik gitu.Habiskanlah makanan yang kita ambil.Kalau takut tak habis makanan ambil hanya ala kadar saja.

.Pembaziran bermakna rezki yang di berikan kepada kita atau"peruntukan yang diberikan kepada kita" kita buang begitu saja.Kalau kita tidak mahu 'peruntukan' itu bolehlah kita berikan kepada orang lain atau makhlok lain yang lebih memerlukan.Salam.

Saturday, December 25, 2010

MATA telah di butakan,telinga ditulikan.KOREA!

Mata telah dibutakan. Telinga telah ditulikan.Rasa sudah tidak mempunyai rasa.

Mata di ciptakan begitu indah dan amat halus 'pembuatannya'. Ia dapat melihat segala keindahan yang luar biasa alam ini.Sesetengah orang dari orang2 arif bijaklaksana dapat melihat dan menggunakan matakasar ini untuk tujuan membangunkan jiwa,membesarkan jiwa,menjernehkan hati nurani.mendekatkan
diri mereka seberapa dekat yang boleh dengan 'Yang Mencipta' semua perkara termasuk dirinya.Begitulah juga mereka mendengar segala kata,bunyi,rintihan dan bunyi2 yang tidak pernah didengar orang,binatang,mamalia dll.Mereka merasa segala kelazatan dan kepahitan dunia ini untuk merasa betapa hebatnya 'Yang' mencipta mereka.

.Lagi lah jarang kita semua mahu melihat dengan matahati.Hati hanyalah seketul daging hitam yang tak di kenali oleh ahli sains.Tapi semua perkara yang halus dan tersendiri semua kita mengaitkannya

.Begitulah mukadimahnya bila nak di perkatakakan bila sesuatu perkara yang amat serius seperti di antaranya TENTANG pergolakan Semenanjung Korea.

Kita percaya yang membuat perkara ini terus disirami' minyak keatas api yang sedang marak' adalah kerana orang tengah yang berkepentingan dan banjingan2 di sebalik tabir untuk memusnahkan  pergerakan rantau Asia yang sedang berkembang pesat.Mereka tak akan berdiam diri untuk melihat dunia ini sepenuhnya berada di dalam gemgaman mereka,percayalah.

.Perkara ini dapat di patahkan hanyalah oleh raayat kedua2 Korea. Wahai rayat kedua2 Korea bangunlah berjuang kerana pemimpin2mu tidak berdaya memimpin.

.Katakan kepada dunia kamu semua raayat kedua2 Korea boleh membawa kedamaian dan kebahgiaan kepada kedua2 Korea,rantau Asia dan dunia.

.Bangunlah dan raayat dunia yang cintakan keamanan setia turut berdoa untuk kamu semua.Amin.

Friday, December 24, 2010

Musafirlalu: Makam Para Rasul, Wali Dan Kekuasaan Allah S.W.T.

Musafirlalu: Makam Para Rasul, Wali Dan Kekuasaan Allah S.W.T.: "Gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah untuk kita bermuhasabah dan sama-samalah untuk kita renungkan. Maha Suci Allah yang menciptakan al..."

Thursday, December 23, 2010

Bermula dengan niat.

Bermula dengan niat yang baik belum tentu semua tindakan seterusnya berkekalan baik.

Inikan pula niat yang burok,tak usahlah bermimpi semua tindakan seterusnya akan jadi baik dan berkekalan baik.

KOREA yang emosional.

Korea Selatan meneruskan latihan ketenteraan dengan menggunakan peluru hidup kerana pulau yang dipertikaikan sempadan Utara dan Selatan diserang oleh Korea Utara beberapa minggu yang lepas.

Pada saya latihan ketenteraan  Korea Selatan dengan peluru hidup ini adalah satu pembaziran masa dan wang raayat Korea Selatan dan melariskan penjualan senjata2 oleh 'keparat keparat dunia'.

Tindakan probokasi ini adalah tindakan emisoanal dan tindakan politik yang ingin mempertahankan kuasa yang membelakangkan ketakutan,keresahan,kegerunan,mimpi ngeri raayat ramai kedua2 negara Korea itu.

Mana janji president Korea Selatan yang mengatakan baru2 ini bahawa Korea akan menuju jalan persatuan.Cakap saja!

Tindakan Korea Selatan ini adalah tindakan orang2 yang lemah minda,tindakan stategi politik zaman kuno yang membuat orang2 yang hidup di zaman media terbuka hari ini merasa sungguh memualkan.

.Salam hormat saya pada raayat kedua2 Korea yang menginginkan dan mendoakan kedamaian dan kebahgiaan.

Wednesday, December 8, 2010

President Iran Dr Ahmedinejat yg di hormati dan di geruni.

Di dalam pemerhatian saya kepada Dr.Ahmadinejat iaitu Priseden Iran bolehlah di katakan bahawa dia adalah seorang manusia pemimpin yang sungguh mengenal diri dan tahu siapa dia yang sebenarnya.
Dia tahu tanggungjawab dia sebagai manusia.....,ia bangsa manusia.

.Saudara2 cuba bayangkan bila dia hendak membuat sesuatu keputusan yang amat penting tentang negaranya dia mengimani solat hajat bersama2 jemaah menterinya.
.
Bila sampai  sembahyang waktu, dia mengimani solat dengan jemaah menterinya semasa dia di pejabat.

Pakaiannya di katakan 'jeket yg berharga 5 ringgit' saja. Keretanya kereta antik. Bila dia mengambil tugas sebagai Prresiden Iran karpet di ofisnya tak di benarkan ditukar.

Bila sembahyang jemaah di masjid dia dilihat di saf bukan saf utama.

Bila dia hendak ke mana2, sebelum menaiki kapal terbang dia membuka dan membaca kitab Al Quran dulu sebagai meminta petunjuk dari Allah yang maha Esa.
.Kalau dia bersukan dia gemar berbasikal,jalan kaki dan bola sepak.

Kelihatan di mana2 dia amat sederhana dan merendah diri. Dengan orang2 tua dia cukup menghormati seperti anak berkelakuan baik terhadap ibu bapa.

     Bila dia berkunjung ke negara orang dia di sambut dan di hormati sebagai wira raayat manusia

.Dia di hormati oleh golongan yang menganggap mereka sunni dan Syiah.Perkataan Sunni dan Syiah Ini sebenarnya di cipta dan di propagandakan oleh bapak segala musuh Islam.Jadi orang Islam tidak payahlah terlalu kyusuk dan tawadduk dengan Islam Sunni dan Islam Syiah. Islam hanyalah Islam .Islam yang di turunkan di dalam Al Quran dan apa yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad adalah hanya ISLAM.

Tak payahlah terperangkap dengan seruan orang2 yang lalai.!!!

Yakinlah dalam kolompok mana pun ada orang2 yang menyeleweng. Tak kira Sunni dan Syiah.Kembalilah kepada ajaran yang di bawa oleh nabi Muhammad dan kitab Al Quran. Wallah hualam.

Monday, December 6, 2010

Sunyi dan sepi DAN dengarkan degup jantung!

Di waktu pagi, bila satu masa kita terkejut jaga, lebih kurang awal 1/3 malam,perlahan-lahan tarik nafas dan tarik nafas seberapa kali yang kita suka dengan sesederhananya dan kalau tak keberatan masuk
kebilik air dan mengadaplah wajah kita kecermin.

Di luar sungguh senyap dan sunyi. Kebanyakkan orang sedang tidur.Sudah tidak kedengaran lagi kenderaan di jalanraya.

Sunyi dan sepi dan dengarkan degup jantung.
Dengarkan darah mengalir.
Dengarkan nadi berdenyut.
Lihat betul2 wajah yang di dalam cermin kemudian 'baca' apa yang tersurat dan tersirat dengan rasa yg amat iklas dan jujur sejujurnya.
Mata,hidung bibir(mulut),telinga ,dahi,kepala.
.Adakah kita ini amat2 berbeza dari manusia bangsa lain?.
Adakah berbeza?.
Adakah berbeza?
.Perhatikan betul2 yang berbeza hanya yang luaran saja seperti warna kulit,mancung ke tidak hidung ,mata bulat atau sepet,rambut hitam atau perang,semuanya luaran kan!
.Ya semuanya luaran.

.Dan yang dalaman semuanya sama seperti,darah dll.Jadi apa persoalan besar kepada kita bahawa bangsa(kaum) kita kononnya terlalu amat istimewa sehingga tiap
masa dan ketika kalau nak mencari dan mencuri perhatian(konon)lalu berkumandang mendendang hal2 bangsa ini.

Bukan tak boleh tapi kenapa di apikan dan di semarak menyalakan?. Tidak ada kena mengena dengan kehebatan dan kebesaran sesuatu bangsa.

Bukanlah langsung tidak boleh di gunapakai hal2 ini, boleh tapi berpatutan lah!.Bukan tak boleh berorganisasi tentang bangsa,tapi tak payahlah di gunakan bila kita terjepit
.Kalau kita menjaga diri kita, kita menjaga semua perkara yang berkait di sekitar kita.

.Menjaga kumpulan kita adalah juga kewajipan.Ya jagalah dengan makna yang betul. Jagalah kumpulan mu supaya tak terinaya.
Jangan menjaga kumpulammu dengan merosakkan kumpulan orang lain.
.Kalau nak berperang ikutlah undang2 berperang.Jangan bila dah mengistiharkan peperangan maka segala tindakan menjadi halal.
.Perang pun ada undang-undang.Kalau perang melanggar undang2 maka peperangan itu bolehlah diistihar sebagai perang yang telah ditunggangi oleh sifat2 kebinatangan.

Tak ada siapa pun suka bila di samakan dengan sifat kebinatangan.Saya pun tak suka dan juga tak suka menuduh seseorang.
Ini adalah pandangan untuk umum yang kita tahu bahawa sifat 'duniawi' itu adalah sangat2 merbahaya dan meragukan pada setiap masa dan ketika.
Salam.

Kita sebenarnya 'serupa bangsa'.

Sedang saya minum teh tarik di satu sudut bangunan di tepi jalan di brickfiel saya terpandang dua orang yg sedang berjalan menuju kearah saya. Seorang lelaki India dan seorang perempuan......india?

.Tentang perempuan ni yg menarik perhatian saya(bukan bermakna saya memandang tak berkelip2) Tak pasti dia seorang india.

Sekali pandang seperti orang melayu,juga seakan Siam,mungkin filipina atau serani pun boleh,atau  china pun boleh.

Tapi bila mereka(dia) berlalu didepan saya saya cuba curi2 pandang lagi untuk memanstikan bahawa si dia yg bersama lelaki India ni berbangsa apa.Nyata...nyata dia seorang India,pasti, ya saya pasti.Nokhtah.

Teringat saya pada tiap2 kaum atau bangsa itu ada orang2 yang seiras, kata orang yg seiras betul2 didunia ini ada 7orang. Saya juga perasan bahawa tiap2 dari kita ada seakan2 serupa

.Rupa2nya ada diatara kita rupa dan perangai sama merentasi sempadan bangsa.

Saya terpandang wanita yang saya ceritakan ni rupa paras gaya rambut, cara berpakaian, seolah arwah Dato, Sosilawati. Yang kita semua maklum bahawa Dato, Sosilawati adalah berbangsa melayu.

Sebelum ini ramai lagi orang yang  pernah saya nanpak di dalam filem dan di luar filem seiras dengan orang yang saya kenal.
Lagak gayanya,tutur katanya,cara dia menegur dan menerima pendapat orang seakan2 walau seorang diutara dunia dan seorang lagi di selatan dunia.Mereka seakan2 kembar!

Inilah yang kita lihat dan ada di antara pembaca sendiri pernah mengalami keadaan ini.

Akhirnya sudah tentulah bahawa kita sebenarnya berasal dari satu bangsa keturunan seibu sebapa iaitu dari Adam dan Hawa.

Jadi kalau kita kepoh2 sangat tentang bangsa sampai nak berkelahi saya harap ingatlah hakikat ni bahawa kita sebenarnya dari satu keturunan yang sama.

Sunday, December 5, 2010

Tiada gambar secantik lukisan,nak ku tunjukkan perasaan....!

Apa yang menarik untuk di tulis bila teh tarik pun dah naik harga lagi.

Dah la gula,minyak,gas pun dah naik harga

.Hidup seperti berumah di tepi pantai yang ombaknya sentisa ganas,dan kali ini lagi ganas, aduh!!!

.Dengar senikata lagu ni yg di nyanyikan oleh Rafeah Buang.

Tiada kata secantik bahasa, untuk kupuji adinda.
Tiada gambar secantik lukisan nak ku tunjukkan perasaan.....!

Fikir2kan saudara2 kita yang lebih memerlukan pertolongan.Yang ada pada mereka hanya lah harapan.Dengarkan lah kelohan! Dengarkan lah bisikan kalbu.Ingatan dari hamba,.Salam.

Thursday, December 2, 2010

Melihat air jernih yang sedang mengalir.

Di dlam kitab karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah ada di nyatakan bahawa ada empat hal yang boleh mengembirakan hati manusia:

Melihat hijau-hijauan.

Melihat air yang mengalir.

Melihat orang yang di cintai.

Melihat buah-buahan.

GALINEUS yg tidak pernah sakit.

Galineus di tanya kenapa dia kelihatan tak pernah sakit?

.Dia menjawab,

kerana aku tidak pernah memakan dua jenis makanan yg tidak baik sekaligus.

Aku tak pernah makan setelah perutku berisi makanan.

Aku juga tidak membenarkan perutku menampung makanan yg mengganggu.

Tuesday, November 30, 2010

Jangan lupa ber'madu',sungguh ia sangat bermakna!

Ramai lagi orang mengabaikan madu.Madu lebah mengandungi vitamin A D E K B1 B4 B5 B6 dan C.Vitamin2 ini sangat berfaedah untuk badan.Bila kita tonton progrem2 masakan2 antarabangsadi tv atau melihat buku2 masakan terutama dari negara2 yg sudah lama maju mereka banyak menggunakan madu .

Orang umum kebanyakkannya makan madu untuk lebih kuat atau berserta dengan herba dan sebagainya tapi masih lagi menganggap madu lebah sebagai makanan tambahan.Bagi orang yang bertamadun mereka menggunakan madu dalam hidangan harian. madu digunakan dalam miniman,makanan harian bukan hanya bila ingat mahu jadi 'kuat'

.Kalau dalam Islam didalam Al Qur'an dlm surah AL-Nahl,ayat 68-69 BERMAKSUD
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah,buatlah sarang2 di bukit2,di pohon2 kayu dan di tempat2 yg di buat manusia, kemudian makanlah dari tiap2(macam)bunga2an, buah2an dan tempuhlah jalan Tuhanmu yg telah memudahkan( bagimu).  Dan dari perut lebah itu,keluar minuman(madu) yg bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yg boleh menyembuh penyakit manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar2 terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yg mahu menggunakan akalnya".
      .

Di dalam kitab2 perubatan Islam yg di tulis oleh ulama2 perubatan terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mereka meriwayatkan bahawa nabi Muhammad S A W. meminum madu 2 kali sehari dan Baginda menasihatkan orang ramai meminumnya.Di dalam penemuan sains lebah melakukan 6000 sedutan setiap kali dia keluar mendapatkan madu.Bayangkanlah betapa hebatnya madu yang kita 'abaikan' Janganlah abaikan madu pada orang yang' bermadu dan tidak bermadu'. Isteri saya ketawa dengan ayat ini.hehehehe.

Bila kita mencari madu,maksud saya madu lebah(jangan marah haa) pergilah kekedai2 yg menjual madu dari merata negara.Cuba lihat berapa ada warna madu yg terdapat dikedai itu.Beranika warna.madu lebah di musim salji lain warnanya dengan madu lebah tasik Pedu,pokok tualang,madu di padang pasir, ada hitam kemerahan, kuning berkilauan ,keputih2an dan sebagainya.Pilihlah salah satu.

Begitu jugalah kalau kita memilih madu yang satu lagi(berbagai2 warna kulit) hehehehe.(jangan marah)

Dan sekali sekala elok juga kita lihat surah Al-Nahl dan tafsiranya. Bagi bukan Islam cubalah baca dan disertakan dengan tafsirannya dan kalau tak faham tanyalah kepada kawan2 Islam yg boleh di rujuk.TQ

Monday, November 29, 2010

Aung San Suu Kyi dicadangkan sbg Duta perdamaian Korea Utara& selatan.

Saya cadangkan AUNG SAN SUU KYI sebagai orang tengah iaitu sebagai duta keamanan untuk perdamaian Korea Utara dan Korea Selatan.

Nanpak kelihatan bersahaja tapi cuba fikirkan!

Sunday, November 28, 2010

Bercucuran airmata ibu,wahai Semenanjung Korea,LIHATLAH!

Di Korea Selatan orang orang awan turun ke jalanraya melaungkan supaya jangan 'menyemarakkan' api perang.

Sementara pesara2 tentera marin Korea Selatan berdemo menanam kebencian terhadap Korea Utara
Di televisyen pemimpin2  mereka berjanji untuk membalas dendam.Kelihatan pada waktu yang sama wakil dari kerajaan China datang ke Korea Selatan membawa usul enam negara supaya pihak2 terlibat bertenang dan mencari jalan keluar.

Sementara itu ibu bapa askar yang terkorban oleh peristiwa itu kelihatan bercucuran airmata menangis di majlis penghormatan terakhir  mereka.

.Di sudut berita Korea Utara menuduh Amerika yang mencipta ketegangan dan menuduh Korea Utara yang meletuskan pertelingkahan.
Yang tidak terlihat di media2 sudah tentulah menjadi MAJORITI RAYAT TERAMAI yang kelihatan takut dan tidak mahu perang meletus.

Kalau dunia mengakui demokrasi lebih baik dari komunis Korea Utara, marilah tunjukkan bukti bahawa, 'majoriti senyap'raayat Korea, Amerika dan dunia tidak mahu perang meletus.

Marilah rayakan demokrasi!
.Kalau ini tidak juga di pedulikan, jangan salah generasi muda yang akan memulaukan demokrasi. Kaum kapitalis jahat, berhentilah membuli masyarakat dunia!!!

Saturday, November 27, 2010

Buku2 mengenai perjuangan Aung San Suu Kyi. Iktibar unt. Amerika &Korea.

Buku2 tentang Aung San Suu Kyi.

Perfect Hostage oleh Justin Hostage.

Aung San Suu Kyi oleh Judy L. Hasday

.The Lady oleh Barbara Victor.

Freedom from Fear and Other Writings Oleh Aung San Suu Kyi

.Letter From Burma oleh Aung San Suu Kyi.
Kerana kesabaranya Burma tidak berlaku 'peperangan saudara'.Ambil iktibar dari dia wahai Korea dan Amareka.!

JANGAN lakukan Amerika!

Korea Selatan dan Amerika akan mengadakan latihan perang disempadan yang di pertikaikan ahad ini.Dengan galaknya Amerika berperanan untuk mencetuskan perang.
Wow hebatnya manusia2 yang menggelar diri mereka orang2 yang terhebat di atas muka bumi ini ya!

Perang akan mencetuskan kekayaan.Perang akan membuat ekonomi menggunung.Perang akan melariskan industri senjata.Bunyinya seperti sangkakala.Kehebatan akan berterusan?Atau kemusnahan akan berpanjangan?

Komander merin Korea Selatan telah memberi amaran,bahawa demdam akan dilaksanakan.Bagus sangat ke dendam?

.Dendam dalam ketegori orang2 yang berakal sihat adalah perkara yang amat2 merbahaya.Sementara Korea Utara memberi amaran kalau Amerika dan Korea Selatan meneruskan latihan maka jalan menuju kearah peperangan yang besar terbuka luas.Kita lihat dan kita tunggu apa akan terjadi.Adakah akal fikiran digunakan atau tamak haloba dijayakan.

Friday, November 26, 2010

Aung San Suu Kyi terkeluar perangkap derita.KOREA menunggu malapetaka.

Derita sileh berganti.Aung San Suu Kyi terbebas dari cenkaman derita sementara raayat miskin Korea Utara dan Selatan menunggu ketibaan malapetaka.

Orang2 kaya mungkin boleh berlari sekuat2 dan sejauh2 mungkin sementara orang miskin dan anak2 yatim apakan daya hendak berlari seperti batu besar sedang mengikat kaki mereka

.Orang2 politik(bukan pemimpin) sedang bermesyuarat apakah tindakan seterusnya untuk menyelamatkan kuasa dan diri mereka.

Alangkah anih di pandang,alangkah pedih dan perit.Sementara kaum kapitalis sedang berkira2 keuntugan meletusnya perang akan membawa laba.

KOREA,perang akan tamat dengan syarat nyahkan 'orang tengah'.

Korea Utara dan Korea Selatan perlu buat tindakan drastik bersidang dan ambil keputusan dan umumkan pada sidang akhbar secara lansung ke seluruh dunia, katakan, bahawa dengan ini Korea Utara dan Korea Selatan mengambil ketetapan supaya "orang tengah" telah di lucutkan jawatan sebagai penasihat yang tak di lantik,dan dengan serta merta nyahkan diri anda dari semenanjung Korea.

Thursday, November 25, 2010

KOREA "Airmata yang sedang ketakutan".

Korea Utara dan Korea Selatan sedang berdepan dengan ancaman yang akan membawa kemusnahan dan malapetaka kepada hantabenda,flora dan fauna,manusia(orang2 tua,kaum ibu,anak2 kecil yang masih lagi sedang menyusu,yg baru hendak pandai bercakap dan sudah petah bercakap,orang2 sakit,janda2 yang memelihara anak2 yang ramai,para petani miskin yang kais pagi makan pagi,raayat2 biasa yang berkeliaran mencari rezki seperti burung berterbangan keluar pagi dan pulang petang,anak2 yang sedang dibangku sekolah,atok2 dan nenek2 yang senentiasa merindui cucu2nya,sukarelawan2 yang sedang membantu,nelayan2 yang pergi ke laut seminggu baru pulang,anak2 dan isteri mereka yang sedang menunggu ooooooh ramai lagi),sunggung kasihan!.

Segerombolan binatang2 yang keluar mencari rezki didarat,diudara dan dilautan sedang tertetegun menunggu apa yang akan terjadi.

Dunia yang melihat sedang memerhati dan lebih condong untuk memuncungkan mulut kebencian kearah Korea Utara semata-mata.

Korea Selatan kononnya mangsa.Sementara Amerika ingin memperlihatkan perwatakan HEROnya kepada dunia.Apakah perancangan (mereka) di sebalik peristiwa ini?.Apakah demdam mereka terhadap Korea Utara?.Apakah pula dendam Korea Utara terhadap mereka?.Siapa yang membuli?.Siapa yang dibuli?.

Orang2 politik Korea Utara,Korea Selatan, Amerika dan teman2 rapatnya ingin memunjukkan jaguh.Yang terburai nanti adalah (mereka) yang disebut diatas.

Apabila orang2 ini sudah minum air(politik yang menyesatkan) maka tunggulah akan tiba masanya kehancuran akan bergelimpangan dan bertebaran.

Wahai bangsa manusia marilah kita berusaha untuk berdamai bukan mencari kesempatan diatas 'airmata yang sedang ketakutan'.Marilah berdamai!Marilah'merendah diri'antara satu sama lain.

Wednesday, November 24, 2010

JANGAN ketepikan orang-orang yang dianggap' tua'.

Betapa rendah nya budipekerti kita,tahap kedewasaan kita,tahap fahaman tentang penghidupan kita, bila kita sesenang-senangnya mengenepikan orang yang dah dianggap 'tua'.

Sejarah  orang-orang bijaksana yang tercatat dalam penghidupan mereka membuktikan mereka sendiri sungguh menyanjung tinggi seseorang yang telah dianggap' tua'

.Sudah tentu orang tua yang saya maksudkan ialah orang-orang yang bila meningkat detik demi detik usia kehidupan mereka, mereka makin kita lihat bertambah faham tentang sesuatu perkara bila mereka 'melihatnya'.

Mari kita saring,mari kita melihat yang tersurat dan tersirat.Mari kita fahami dalam-dalam tentang  perkara-perkara besar.

Mari kita lebarkan pandangan kita bila melihat satu-satu perkara dengan lebih adil untuk kita,orang-orang disekitar kita dan keseluruhannya.

Marilah kita menyaring semula tindakan-tindakan kita yang buruk kepada kawan,lawan dan kepada negara,supaya negera lebih makmur dan sejahtera.

Bertekat dan berdoalah supaya keseluruhan raayat jelata dapat menikmati dan  merasai nikmat diatas keberuntungan negara.AMIN.

Tuesday, November 23, 2010

Festival Filem Malaysia. Menabur duri di jalan.

FFM.
Festival Filem Malaysia baru2 ni mestilah dilihat dengan lebih sedar bahawa janganlah orang2 yang tak 'berkenaan' atau berkepentingan atau mempunyai niat yang tidak kena mengena dengan niat asal festival itu sendiri berasa lepas diri dan selamat selepas anda melaksanakan kerja yang sudah menyeleweng.

Orang2 ini patut dinyahkan dari kesebukan dunia filem.Filem takkan kemana kalau kita sendiri tak kemana asyik sekitar merayakan bebal2 yang berulang.Kasar bahasa saya untuk orang yang menabur duri dijalan,bukan untuk orang2 yang membuang duri di jalan.Maaf terkasar....

Sunday, November 21, 2010

AL HIJRAH tv akan datang dengan harapan.

Tak lama lagi AlHijrah tv akan muncul.Tak tahu lagilah bagaimana karekternya.Katanya ia berwadah Islam.Bagaimana agaknya ia?

.Ingatlah Islam itu kehebatannya tiada sempadan dan tiada tolok bandingnya.Jangan statik dan hanya dengan pandangan dan ilmu kita saja menterjemah wadah Islam tu.Ialah antara kita tiada siapa yang menguasai sepenuhnya tentang ilmu Islam.

Ia berkembang, hidup dan berdiri sendiri.Tidak mengantuk dan kelihatan bergaja setiap masa.

Janganlah kita hanya kerana berniat kepentingan sesuatu lantas kelihatan progrem2nya dilihat dan dirasakan seperti kita mempergunakan nama Islam untuk kepentingan kita yang tak berfaedah itu kecuali wang semata2.

BERHATI-HATILAH setiap masa dan beringat-ingatlah selalalu.Kita tidak terlepas dari kelemahan.dan mestilah bersiap-siaga untuk memperbaiki apa yang lemah.

Saya percaya bahawa saudara Zainal Rashid boleh melakukanya.Saya berharap ia akan berjaya dengan progrem2 yang berkualiti dan menarik. Selamat berjaya.

Wednesday, November 17, 2010

Munusia terjadi dari acuan manusia bukan dari monyet.

Bertindak kejam untuk mendapat hasil yang baik?,bukan semudah kata2.Bukan juga seperti ramai yang faham secara umum.Bukan juga kita melakukan kekejaman terhadap orang lain dengan niat bahawa kita akan terlepas dari segala persaingan denganya.Kalau kita lemah dan kita pun bertindak kejam kerana orang yang hebat bersaing dengan kita maka itu tindakan bodoh namanya.

Sesama manusia kita seharusnya bertindak dengan lebih berhemah,itu bunyi ayat2 yang terdapat didalam buku untuk dihafal.Bangsa manusia ini bolehlah diketegerikan berbagai2 golongan yang dicipta oleh' ketua2 kaum' sendiri.Manusia diciptakan adalah dalam acuan manusia bukannya beruk seperti yang dipelajari disekolah sewaktu kecil dulu.Jadi apa  yang ditulis oeh Willam Shakepeare 'Sometime you must be cruel to be kind' adalah bukan perkara yang hendak diulas,tapi adalah kata-kata yang kita boleh 'perhatikan' dan renungkan.

Manusia dijadikan berbagai2 kaum dan bahasa untuk berkenal2an antara satu sama lain.Bukan untuk bermusuh-musuhan.

William Shakepeare berketurunan dari tanah arab?

Di dalam naskah Hamlet William Shakespeare menulis salah satu ayat,"To be or not to be that is a question" maksudnya bertindak atau tidak itu persoalannya.Saya percaya kebanyakkan orang2 yang diketegorikan sebagai 'ahli pemikir' ini juga persoalan yang selalu bermain dan mengganggu kehidupannya.

Dalam naskah yang lain William Shakepeare menulis salah satu ayat,"Sometimes you must be cruel to be kind".Didalam masyarakat apa pun saya rasa perlakuan "Ada ketikanya kita mesti bertindak kejam untuk hasil yang lebih baik ini adalah suatu perkara yang bukan mustahil.Tapi bukan semua perkara.Ada perkara yang mungkin seribu dalam satu.

Dalam tindakan2 kita terhadap diri kita sendiri pun boleh berlaku.Pada pandangan mata kasar saja dirasakan 'tindakan kejam' itu. Tapi pada batinnya perkara itu adalah untuk kebaikkan diri sendiri.Ada perkara2 yang kita suka sebenarnya perkara itu tidak baik untuk kita.Ada perkara2 yang kita benci tapi itu baik untuk kita.Saya rasa ada diantara kita yang dewasa sudah tentu lebih memahami kata-kata ini,kerana pengalam banyak memberikan kita ajaran2 yang amat berkesan.

Ada satu perkara yang amat menarik tentang Mr.William Shakepeare ini apabila Presiden Libya Muamar Gadafi membuat'tuntutan' bahawa kuturunan William Shakepeare adalah dari tanah arab.Salah satu alasan yang diberikan adalah bangsa arab dari zaman beribu tahu sebelum masihi lagi pandai bersyair dan berpuisi.Adakah ini kenyataan yang boleh dan sahih?Tak ada apa yang mustahil kalau kita meneliti sejarah bangsa manusia ini yang suka berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebik baik dan bahagia.Salam.

Monday, November 15, 2010

100 tahun lagi minyak dunia akan habis.Takut apa!

100 tahun lagi minyak dunia akan habis-Environmental Scciene And Tecnology. Tak usah bimbang tentu ada jalan lain dan cara lain.Mungkin dunia akan lebih berbeza.Terlalu hebat sangatkah cara petrol berperanan sekarang?.Bagaimana raja-raja minyak bermaharajalela pada orang ramai.Takutkah mereka bila minyak kehabisan?.Takutkah dunia bila minyak kehabisan? Tak usahlah takut.Harapan dan doa bila ada pengganti minyak akan lebih membawa makna yang lebih sehat pada masyarakat dunia.Atau di sebaliknya?. Atau dunia akan pupus?.Lihatlah nanti pada siapa yang berkesempatan sampai kesaat itu.Salam.

Ku taburkan bunga pada Aun San Suu Kyi.

Ku taburkan berbagai jenis ramuan bunga diatas permaidani kerana mengalu-galukan Aun San Suu Kyi.Juga akan ku lakukan perkara yang sama kepada sesiapa saja mereka, diatas kesabaran dan pegangan yang kukuh terhadap sesuatu perkara yang mereka percaya dan orang ramai percaya..Dihadapan kita entah apa lagi yang akan terjadi.Tetaplah berpegang pada'Tali Yang Teguh'.

Saturday, November 13, 2010

Adakah permainan silap mata untuk AUNG SAN SUU KYI.

Bebaslah seorang pejuang yang bernama AUNG SAN SUU KYI dari tahanan rumahnya.Berita ini sudah tentu disambut dengan rasa gembira oleh para penyokongnya dan juga bangsa yang mengistiharkan diri mereka sebagai BANGSA MANUSIA.Itulah nasibnya setakat ini,"DI BEBASKAN',entah adakah lagi alasan-alasan untuk di penjarakan semula.Kita tunggu dan lihat permainan2 'silap mata' yang akan berlangsung seterusnya.Doa,moga2 Tuhan melindungi dan merahmati orang2 yang benar.Amin.

Thursday, November 11, 2010

AKAN DATANG...hari raya Korban.

Sejak dari zaman nabi Adam lagi adanya amalan korban.Qabil dan Habil masing-masing membuat amalan korban tapi hanyalah salah seorang saja amalan korban diterima Tuhan.Perbezaannya hanyalah antara mereka, siapa yang melakukannya dengan ikhlas.

Wednesday, November 10, 2010

Nasik lemak buah bidara

Nasi lemak yang makcik batu 3 jalan Klang Lama jual harganya 1.20 sebungkus.Nasi lemak yang abang dan kakak Bangsar utama jual satu bungkus 1.00.Tapi nasi lemak makcik bt 3 Jln Klang Lama bungkusnya 2 kaliganda lebih besar dari nasi lemak yang di jual di Bangsar dan juga Pantai Dalam.

Ketiga2 tempat yang berbeza ni hanya kedudukan dari segi gografinya bersebelahan anrta satu sama lain.Dalam erti kata lain sempadanya hanya dipisahkan dengan nama saja.Hanga barang pun harga yang sama tapi kenapa di Bangsar harga sangat mahal.Kueh pun di Bangsar satu berharga 40 sen,sementara di Pantai Dalam yang bersebelahan Bangsar tu harganya 3 seringgit

.DiBangsar kononnya atas nama penghuninya yang kaya2.Sementata di Klang Lama dan Pantai Dalam sebaliknya.

Sebenarnya siapa yang membuat keputusan begitu?.Para peniagakah yang membuat keputusan tu?.Adakah mereka ikhlas dalam berniaga mencari rezki.Adakah mereka patut bertindak begitu.Alasan2 yang selalu kita dengar adalah barang2 sekarang ni mahal!.Makcik diKlang Lama juga membeli harga barang yang sama.

Masaalah ini saya percaya pembaca juga merasai dan mengalaminya.Bolehkah perkara ini diambil perhatian dan diselesaikan atau sampai bila2 pun perkara ini akan berterusan mengikut adat yang telah berlaku.

Mari kita fikir dan lihat,masa akan bergerak pantas meninggalkan kita yang semakin bertambah umur.Dan kita terus melakukan perkara2 begitu sampailah kita menarik nafas yang terakhir!.Sekian

Tuesday, November 9, 2010

Dalam sebulan berapa kali MENANGIS?

Masa saya masih di kelas teater,kalau kerja-kerja saya tak digemari oleh cikgu , saya dimarahi dan dijerit-jerit sampai kadang-kadang saya menangis teresak-esak

.Bila saja tamat kelas cikgu menghampiri saya dan bercakap-cakap dan akhirnya dia bertanya kepada saya,"Ismail kamu menangis berapa kerap dalam sebulan"?. Saya menjawab,kadang-kadang saja, lebih kurang sebulan sekali.

Dia berkata lebih kerap kamu menangis lebih bagus.Saya bertanya kenapa dan atas alasan apa?.Dia menjawab," kamu boleh melihat sekeliling  dan diri kamu sendiri ada tak perkara-perkara yang menyentuh jiwa, yang akan menyedarkan dan membuat kita simpati".

Saya terpaku seketika pada waktu itu dan sesekali memandang tepat kewajahnya.Cikgu saya sudah tentu memandang saya dan menunggu reaksi dari saya.

.Bila saya sudah hidup berdikari  dan hingga ke hari ini saya makin faham kenapa harus menangis sekerap yang mungkin.Moga Tuhan menambahkan kasih sayangNya terhadap cikgu saya.Salam.

Monday, November 8, 2010

Labuhkan jiwa dengan GURINDAM YANG BENAR.

Terfikir sejenak tentang wajah-wajah manusia.Sekali pandang seribu makna diwajah masing2.Tapi agak jelas kelihatan yang senang dilihat pada cermin wajah2 manusia adalah dia pembersih orangnya atau pemalas.Ada yang kelihatan tenang airmukanya.Ada yang kelihatan penuh dengan masaalah.Ada yang buat2 tenang airmukanya.Ada yang buat2 runsing airmukanya.Kebanyakan daripada kita selalu apabila berdepan dengan orang mulalah kita mempamirkan airmuka yang kita ingin  dilihat orang,seperti orang baik2 konon,orang yang lemah lembut, orang yang tenang pewatakannya.Orang kaya,orang hebat,orang miskin,orang yang kelihatan kacak atau jelita.Orang yang berpewatakan malu konon,Orang yang tidak suka masuk campur urusan orang lain,suka meletakkan lebai diatas kepala kerana ingin memberitahu bahawa kita orang baik2.
      
       Bersopan santun didepan orang tua yang mempunyai anak dara yang kita berkenan,mempamirkan diri kononnya orang berilmu tinggi,.orang yang 'kasyaf' dan memberitahu seluruh Malaysia bahawa dia 'kasyaf'.Mempamirkan diri kononnya orang beriman dan beramal soleh.Manusia!!,manusia! penuh dengan hipokrit.Walaupun dia ni parti bebas tapi bila sesebuah parti politik sedang hangat diperbincang maka dialah juru kritik,pakar kritik parti orang sedangkan dia tak ada parti pun,sebuk mengalahkan seluruh raayat Malaysia,mengalahkan Yang Di-Pertuan Agong.

Perkara2 ini bukan untuk dibuka pekong orang.Tujuan tulisan ini hanyalah ingin mengingatkan semua bahawa kehidupan 'dunniawi' itu penuh dengan tipu muslihat.Setiap masa kita dalam keadaan tertipu kalau kita asyik sangat dengan 'kehidupan' singkat ini.Setiap masa kita diperbodohkan oleh geng2 yang membawa panji2 iblis.Iblis berjanji dan bertekat menyesatkan sebanyak mungkin manusia ini.
       
.Hanya jalan yang benar itu pengetahuannya adalah' rahsia' antara kita dan Pencipta.Bukalah' kitab kebenaran'.Bukalah matahati untuk.' melihat dan membaca'.Dengan namaNya yang Agong berlindunglah dari geng2 iblis ini.Tak usahlah lagi berpura2.Kikiskan perlahan2.Bacalah dengan nama tuhan.Ingin mengenalNya setiap masa.Ingin merapatkan jurang pemisahan dengaNya.Dengan sesama manusia marilah dengan ikhlas kita berdamai.
  Janganlah berkelahi.Janganlah suka menumbuk orang kerana 'kawasan ini kawasan kita'.Mana ada diatas muka bumi ini kawasan milik kita cuba jawab!Dalam perjalanan yang singkat ini marilah kita renung-renung dan tenung-tenung apakah setiap masa kita dalam hipokrit,bergelumang denga tipu daya,setiap masa tertipu.Percayalah kalau kita tak sedikit pun memberi kesempatan kepada kita sendiri untuk melihat sejenak apa yang kita lakukan setiap masa dan hari, maka sahlah kita ditipu dan diperdaya.Tertipu dan terpedaya ini tidak kira kita siapa,.majistrit,doktor,loyer? semuanya bakal diketawa terbahak2 oleh iblis dan geng2nya.Lagi tinggi dan hebatnya seseorang lagi diberi perhatian untuk ditipu dan diperdaya.
   
Kadangkala kita merasa kita ni hebat sangat,ya masa itulah kita telah terpedaya.Mari kita pesan,berpesan antara kita. marilah kita beringat2 antara kita.Janganlah kita memandai2 tak tentuhala.Marilah kita mempertekatkan harapan supaya kita selalu berjaga-jaga.Makan hendaklah sederhana.Minum hendaklah sederhana.Keinginan2 yang bukan2 mestilah diteliti selalu.Labuhkan jiwa dengan gurindam yang benar.Kurangkan mendengar puisi2 yang membawa kepada kebebalan hawanafsu.Selami diri dan melihat jauh2 dalam lubuk jiwa kalau ada masa dan kesempatan.

.Ingat2kan semasa kita lahir,bertatih,merangkak,berjalan,berlari,remaja,dewasa.Masa2 ini kalau kita perhatikan dan 'baca' akan memberikan kita jawapan2 yang tak terduga.Moga kita semua dibawah lindunganNya'.Baca'lah dengan nama Tuahanmu.....Amin.

Sunday, November 7, 2010

Selamat pengantin baru En.JAMIL.

Dua hari lepas saya sekeluarga memenuhi jemputan kawin yang jarang2 saya hadiri.Saya disambut dengan meriah oleh keluarga pengantin dengan pakaian tradisional.Begitu jugalah pengantin dipakai dengan pakaian lengkap seperti seorang pahlawan melayu dulukala.Kelihatan pengantin tersenyum simpul meyambut para tetamu dengan salam dan sekali -sekala berpelukan.Mungkin kawan2 rapat dan sanak saudara,sepupu dan sebagainya.Kelihatan juga bila saya mencuri2 pandang pengantin perempuan memegang tangan pengantin lekaki.Betapa manis dan bahagia rasanya .Saya rasa bersyukur dan teringat kembali detik2 masa yang sama dulu.Kelihatan juga ibu dan bapa pengantin perempuan berpakaian melayu seperti juga corak dan warna pakaian pengantin.
Teringat saya semasa waktu kecil dulu.Persandingan dijalankan pada waktu mlm.Mulanya selepas isyak dipenuhi majlis berendoi(memuji2 kebesaran Ilahi dan memuji2 kemulian Nabi dengan melodi dan syair2 yang indah)dan juga diselangseli dengan makan-minum yang lazat2.Kanak-kanak berkeliaran sementara persiapan persandingan sedang berjalan dengan meriahnya.Satu pelantar yang dipanggil balai telah disediakan dengan gotong-royong oleh masyarakat kampung sejak seminggu sebelum hari kenduri lagi.Balai inilah tempat makan dan tempat berendoi itu.Kira-kira jam 4 pagi barulah majlis berendoi tadi berenti.Sementara orangramai termasuk kanak-kanak masih lagi belum tidur,kalau ada yang tertidur  pun nanti akan dikejutkan orang supaya semua yang hadir itu dapat melihat pengantin diatas pelamin dengan meriahnya .
Betapa bila pengumuman dibuat oleh pengurusi majlis bahawa pengantin baru akan dipersandingkan maka semua mata akan tertumpu diatas rumah pengantin.Orang2 yang diatas balai pun dapat melihatnya kerana balai telah dibina dengan mengambi lkira untuk semua orang dapat melihat pengantin baru yang diatas pelamin.Begitu hebat,halus dan beradabnya pengantin baru dipersandingan yang juga digelar RAJA SEHARI.Penganti bukan sebarangan,pengantin dijaga dan dianggap,dilayan seperti raja untuk sehari.Jelingan pengantin akan diusik dan dimeriahkan oleh para tetamu.Riuh-rendah usik-usikan tetamu kepada pengantin.Tersenyum simpullah pengantin.
.Kalau dibandingkan majlis kenduri kawin sekarang dibandar dan majlis kawin dulu dikampung seperti langit dengan bumi.Segala persiapan dilibatkan seluruh kampung.Seluruh kampung juga merasa bangga dan meriah pada waktu saya masih lagi kecil.Saya rasa sudah hilang segala kemeriahan,keindahan dan budaya yang amat manis itu.Apa daya atas nama kemodenan dan masa yang bergerak begitu pantas sedikit demi sedikit kita telah tinggalkan yang kita punya dan secara tidak langsung telah mengembang budaya 'penjajah' dalam kehidupan kita.
Dimajlis kawin yang saya hadiri hanya LUARAN saja kelihatan budayanya tapi tingkah laku tindak tanduk kita langsung sudah tertinggal jauh.Mana ada pengantin melayu datang bersalam-salaman dan berpelukan ditengah2 orang-ramai.SUDAH TIDAK ADA manisnya lagi,walaupun kelihatan 'moden dan canggih'.Dari sudut lain pun tidaklah salah apa2.Tapi yang terhapus musnah adalah budaya yang baik.Budaya yang baik ini agama tidak melarang malah digalakkan.Selagi kita tidak sedar bahawa budaya,kebudayan itu penting untuk dipelihara(yg baik)maka kita akan hilang identiti bangsa manusia.Bila kita hilang identiti,anak2 lansung tidak mengenal identiti bangsanya.
Bila generasi baru ini tidak mengenal identiti bangsanya sendiri maka tunggulah keruntuhan bangsa itu.Manusia dijadikan berbangsa2,bersuku2 untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain supaya kita lebih faham dan mengerti erti kehidupan.Lebih mengenal diri sendiri siapa kita sebenarnya.Salam.

Thursday, November 4, 2010

Wahai JIN dan MANUSIA............

Salam kepada semua pada hari jumaat yang mulia bahawa hari ini dijadikan bapa kepada kita semua iaitu ADAM.Hari ini dijadikan makhlok manusia.Sedarlah kita bahawa sebelum manusia ada dimuka bumi ini dah tentu makhlok lain yang menghuninya.Mengikut catatan-catatan lama dan didalam kitab-kitab unggul umat manusia sama ada kitab-kitab tersebut diktiraf sebagai kitab-kitab yang datang dari Tuhan Yang Maha Esa atau dari Tuhan-tuhan lain selain dariNya.Dalam Islam sudah tentu rujukanya didalam AlQuran yang diturun oleh Allah melalui Pesuruhnya iaitu nabi Muhammad s.a.w.Makhlok yang wujud  sebelum itu adalah makhlok jin iaitu rangkaiannya adalah malaikat dan iblis dll.Bayangkan beberapa lama mereka menguasai bumi ini. Bayangkan dibandar besar seperti Kuala Lumpur ini mereka berpusat dan menjadikan ibukota mereka.Bayangkan New York ibu kota antarabansa mereka.Mereka ini dikhabarkan memerentah mukabumi ini sepertilah manusia memerentahnya,malah mereka lebih canggih dari setiap sudut.Dari segi bangunan2 dikatakan didalam kitab2 termahshur diperbuat daripada besi.Kecanggihan teknologi melepasi kebijakkan manusia.Apakah manusia tidak sedar bahawa perkara ini telah didahului mereka makhlok yang bernama jin.Didalam AlQuran ada satu surah tentang jin iaitu surah JIN.Seorang pendakwah dan juga penulis sebuah buku yang agak lengkap tentang makhlok jin iaitu Muhammad Isa Dawud menceritakan agak detil dan jelas tentang asal-usul keturunan jin ini.Kita tak payahlah bila menyebut tentang makhlok ini kita merasa keliru dan mengatakan bahawa perkara ini hanyalah dusta dan omong kosong sahaja.Banyak kita mendapat fakta2 dari bomoh2 dan orang2 tertentu tentang makhlok ini.Awas ya kerana makhlok ini mempergunakan manusia untuk menyeleweng dan menyesatkan fakta2 tentang kegiatan dan keturunan mereka.Ingatlah iblis telah bersumpah dihadapan Allah bahawa dia akan menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun supaya manusia itu ingkar atau sesat bersama-sama denganya.Baru2 ini saya terpandang berita tentang pendermaan organ manusia.Lalu saya terfikir bahawa organ manusia yang sudah meninggal masih boleh digunakan pada orang yang masih hidup.Bila disatukan kepada orang yang memerlikan maka dia akan berfungsi kembali.Sedangkan kalau dipaksa gunakan kepada simati dia tak akan berfungsi lagi.Tepatlah firman Allah bahawa tiap2 yang hidup pasti menemui mati.'Tidak manusia mahu berfikir'.Maksud dari cerita tentang organ ini tentulah dia menumpang dari 'ruh' yang masih berada dijasad seseorang yang masih hidup baru dia berfugsi.Ini membuktikan bahawa ruh itu kelihatan 'nampak' kewujudanya.Bila dia dijemput kembali maka tak ada makna dan gunanya lagi tubuh badan manusia.Sudah tentu dia akan reput dan akan kembali menjadi tanah.Didalam kitab suci juga menceritakan tentang manusia ini dijadikan dari tanah yang terpilih.Tentang alam ruh ini pada hemat saya kita juga mesti berusaha unutk mempelajarinya.Kalau kita sampai bila2 memandang perkara ini sebagai hanya rahsia dari Tuhan saja dan cuba menjauhinya maka kita akan tertipu dan senang disesatkan oleh makhlok yang bernama jin ini.Imam Ibnul Qayyim menulis sebuah buku tentang ruh. Banyak pengetahuan2 yg boleh didapati didalamnya mengenai ruh.Janganlah kita menjauhkan diri daripada mahklok jin dan alam roh.Sesungguhnya pengetahuan tentang perkara ini amat perlu bagi kita sebagai manusia supaya kita tidak TERTIPU.Salam.wallahualam.

Friday, October 29, 2010

Negara kelihatan 'kering kontang' dan 'tiada tiupan angin'.

Bangsa manusia memerlukan seniman.Lagi hebat seniman didalam sesebuah bangsa munusia lagi hebatlah negara bangsa manusia itu.Cikgu saya pernah ditanya bagaimana dia mendapatkan sokongan syarikat2 swasta yang besar2 untuk menaja persembahan teaternya.Dia menjawab bahawa dengan pilihan naskah yang berkualiti akan membawa kepada persembahan yang berkualiti dan penelitian,percambahan pemikiran yang lebih baik.Malah mestilah 'dikerjakan' naskah yang berkualiti itu oleh orang2 yang berkebolehan untuk mengurus pemikiran.Begitu lebih kurang maksud jawapannya.Lalu ditanya lagi berapa keratkah orang datang melihat persembahan yang dianggap 'berat' oleh umum termasuk media itu.Beliau menjawab,peduli apa dengan berapa ramai yang akan datang menonton.Kalaulah pilihan kita pada perkara2 yang berkualiti dan sudah diperakui diseantero dunia maka yang datang menonton tentulah orang-orang yang berkualiti juga.Orang2 ini diharap dapat mengembangkan akal fikiran mereka,menyebarkan fahaman2 yang baru dan segar,'menbenarkan' akal fikiran orang2 yang dibawah pengaruhnya bercambah dan berkembang,senentiasa menerima 'tetamu-tetamu' baru,melihat kenyataan dengan hati terbuka.Lulu dengan menaja persembahan atau kerja-kerja dari seniman2 yang hebat maka bertambahlah kualiti orang yang menonton.Lebih menjurus kearah ketajaman fikiran,memperhalusi citarasa.Lebih memahami orang lain dan sebagainya.
Saya amat bersetuju dengan jawapannya,lalu saya bertekat untuk belajar darinya dengan sepenuh jiwa dan raga. Janganlah KITA pinggirkan  seniman-seniman besar negara,janganlah kita ketepikan mereka kerana pada masyarakat umum atau pada pandangan kita yang cetek ini mereka ini hanya menyusahkan saja kerana tidak mendatangkan WANG yang lumayan.
Mungkin pada pandangan kita mereka agak menyusahkan kerana ketajaman fikiran mereka.Ketelusan mereka dll.Layanlah mereka seperti seadanya yang lain.Jangalah hanya menggembar-gemburkan 'seniman2' yang glemer saja.Apa yang mereka mahu hanyalah ruang kebebasan seperti manusia lain.Ruang untuk 'bekerja'.Ruang untuk menghasilkan kerja2 yang lebih bermakna.Mereka dah buktikan,tulisan dan buku2 mereka bermutu,ada diantara mereka sudah digelar sastrawan negara.Ada sesetengah mereka filem2 mereka sudah diktiraf diperingkat antarabangsa.Ada likisan2 mereka dijual dengan harga beratus ribu.Ada puisi2 mereka membuat kita bisa menangis dan memberangsangkan jiwa.Ada hasil hasil tangan mereka membuatkan kita amat merasa berjiwa besar.
Jangan tidak memperdulikan'seniman2 besar'.Jangan buat mereka sudah tidak mahu lagi mencipta lagu2 yang hebat.Janganlah musnahkan keinginan mereka untuk menyanyikan syair2 yang indah.Kalau tidak ada mereka maka kosong dan layulah bangsa manusia.Negara kelihatan 'kering kontang' dan 'tiada tiupan angin'.Lihatlah para PENDAKWAH yang hebat2,betapa besarnya bakat kesenimanan mereka yang Tuhan anugerahkan.Dengan ber'seni'lah semuanya akan berjalan dengan lancar,insyaallah.wallahualam.

Sunday, October 24, 2010

Bukan Mr. Yap Ah Loy yg membuka Kuala Lumpur.

Pagi ini selepas menghantar anak kesekolah saya singgah sekejap dikedai roti canai di kampung Abdullah Hukum.Sekarang dan tak lama lagi nama kampung Abdullah Hukum akan tinggal kenangan dan akan lenyap juga akhirnya.Tuan Abdullah Hukum sebenarnya berasal dari Kerinci Jambi Sumatra,Indonisia.Pernah saya menulis di sini bahawa semasa saya keJambi satu ketika dulu saya hampir2 ke Kerinci untuk melihat tinggalan  sejarah iaitu lukisan-lukisan yang dilukis diistana kesultanan Empayar Melaka masih tersimpan disebuah masjid tua disana.Lukisan2 itu digunakan oleh imam yang membaca khutbah jumaat sebagai sebahagian daripada memahami lebih jelas lagi khutbah tersebut.Dengan alasan 'bijaksana' yang amat kukuh bahawa pada waktu itu pengaruh Hindu masih kuat diKerinci.
.Ada antara kita pernah melihat lukisan2 yang tergantung dirumah rumah orang islam,kelihatan seekor borak sedang terbang.Lukisan2 ini kelihatannya dilukis oleh orang2 india.Tak ada satu pun dalam pengetahuan saya lukisan seekor borak ini dilukiskan oleh orang2 nusantara.Mengikut sejarah Agama Hindu bermula dari India.Budaya orang2 India ialah sukakan lambang2,arca dan sebagainya Atas dasar ini kemungkinan besar Lukisan'dakwah' tadi digunakan.
Kampung Abdullah Hukum sudah diwartakan akan dibina disitu bangunan2 besar untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.Disekitanya telah dutup dan dipagari.Kelihatan agak sayu pemandangannya.Kelihatan juga podok pengawal keselamatan .Abdullah Hukum ini istimewanya telah distiharkan oleh sejarawan2 bahawa dia terlebih dahulu dari Mr Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur.Kenapa dalam sejarah yang dipelajari oleh kita dan anak2 kita bahawa Yap Ah Loy orang yang membuka Kuala Lumpur?Siapa yang menulis dan mengistiharkannya? Kenapa sesudah kita mengngetahui perkara sebenar kita tidak ada dayausaha membetulkannya?Siapalah yang akan menjawab dan melakukan pembetulan ini.Atau akan dibiarkan saja hingga selama-lamanya.

DEMOKRASI sprt juga garam&belacan saja.

Sekarang ini ramai orang kelihatan mendendangkan perkataan demokrasi.Apa yang disebut entah faham entahkan tidak.Saya teringat dalam filem Tiga Abdul P.Ramlee sebagai Abdul Wahub menyindir abang2nya dengan berkata'Demokrasi terpimpin konoon!.Kalau saya ada kesempatan untuk membuat semula filem 3 Abdul mungkin saya akan minta kebenaran untuk mengolah semula dan dialong tadi akan ditukar kepada 'Demokrasi taik kucing'.Salah satu binatang yang malu ialah kucing kerana setiap kali dia melepaskan najisnya kalau disekitarnya tanah dia akan menutupkan najisnya dengan meguis2 tanah supaya najisnya tidak kelihatan dan tidak berbau busuk.Senangnya 'mereka' menyebut tentang demokrasi.Sepertilah demokrasi tu wajib dan sempurna dan juga terdapat dalam kitab2 suci!.Siapa yang mencipta demokrasi?.Tak usahlah bila menyebut perkataan demokrasi seolah2 perkataan itu tidak ada cacat celanya.Perkataan itu bukan tertulis di Lohmahfuz sebagai perkataan yang harus disebut dengan nada begitu mulia sekali
             .Domokrasi juga seperti garam dan belacan saja,kalau tak pandai mengunakannya tak ada apa2 ertinya.Demokrasi hanya sebagai garis panduan yang telah dipegang oleh kuasa2 duniawi ini.Kadangkala diatas nama demokrasi orang-orang yang berkepentingan 'hawanafsu tamakhaloba' berbunga-bunga mengucapkanya untuk lunak didengar oleh orang2 yang jahil.Bacalah dengan nama Tuhan......lihatlah hatibudi dan akal fikiran mereka bila menatap wajah-wajah mereka sewaktu mereka berbicara.Janganlah lain dimulut lain dihati.Allah itu tuhan Zahir dan tuhan Batin.Apa yang diucapkan,apa yang terlintas difikiran,apa yang terdetik dihati,tak usahlah berbelit-belit dan sembunyi-sembunyi kononnya  tidak siapa yang tahu.
  .JANGAN sekali2 macamtu.Rambut dari hari kesehari makin beruban,kawan,saudaramara,ibubapa dll ada yang dah pergi dulu dari kita kekadang kita lihat salah seorang sedang menghadapi 'pemusnah kelazatan dunia'didepan mata kita.Kadang2 kita sendiri yang koma dihospital.Tak usahlah banyak 'kelentong' sangat semata-mata kerana WANG.Tak kemana sangat pun. Tujuh gunong tujuh lautan emas pun kita berkehendak lagi lebih dari itu.Apa menafaatnya 1juta jutawan pun kalau hanya 'membuncitkan perut'' mereka dan keluarga mereka saja'
.Membinalah sejuta bangsa manusia yang gagah perkasa diatas nama kemulian peribadi, diatas nama kehebatan ilmu yang boleh dimenafaatkan untuk ramai lagi manusia supaya mereka menjadi bangsa manusia yang hidup saling kenal mengenal antara satu sama lain,supaya kita berpeluang mempeluaskan lagi untuk mengenal diri dan mengenal Tuhan.Tak usahlahlah kita mewar-warkan diri bahawa kita adalah seorang pejuang.Semoga kita semua dirahmati dan diampunkan oleh Tuhan Yang Maha Tinggi Setinggi-tingginya.Amin.

Saturday, October 23, 2010

 Salam semua,.perkataan sederhana sudah dipandang seperti 'melukut ditepi gantang'. Sederhana tidak lagi dipakai oleh kebanyakkan  orang.Dalam ucapan2 siaran langsung dengan 'gabra'nya mereka menengking dan menyindir-nyindir pada seseorang yang dipandang khalayak ramai orang yang baik-baik.Dicercanya sebagai orang-orang yang .'hodoh' budi pekerti.Amat merasa sedih sekali bila kita melihat ditv dan dibaca diakhbar.
Yang menuduh itu bila dilihat dan diperhalusi latar belakangnya alangkah jauh ketinggalan dari segi apapun yang bersangkut-paut tentang perangai manusia.Sementara yang dituduh itu dimata khalayak ramai tergolong orang-orang yang baik-baik(lagi mulia) Tidakkah yang menuduh memandang dirinya siapa?.Sederhana tuturkata,tingkahlaku dan apa yang dikaitkan dengan manusia adalah 'pakaian jiwa dan raga bagi orang-orang yang berakhlak.Janganlah memandang sederhana itu seperti memandang "kera yang sedang tersenyum'.Pandanglah sederhana sedalam-dalamnya.  .Fahami maknanya betul2.Jangan tafsir sederhana itu mengikut pengetahuan kita yang cetek.Sederhana akan membawa kita menjadi MANUSIA, jika diperhalusi dan diamalkan.Sederhana bukan bermakna 'ditengah2'. Sederhana akan membawa kita sampai keakhir hayat bila kita ingin mendalami dan mengamalkan.            Wahai orang2 yang tenggelam dalam kesombongan janganlah mendabik dada menunjukkan diri memberitahu seluruh negara bahawa engkau adalah termasuk orang-orang yang' rendah serendahnya tahap bangsa manusia'mu.Renunglah sejenak dalam diri,lihatlah apa yang telah kita lakukan.Insaflah dan kembalilah kepada YANG memiliki segala keagongan dan segala kemuliaan.

Monday, October 18, 2010

Orang2 kemuliaan, berjuanglah!

       Sebelum ini saya menulis tentang 'Yang memegang takhta' dinegeri2 arab bagaimana mereka memandang tampa mata mendegar tampa telinga pada Palastin tapi kali ini saya ingin menyentuh mereka2 ditanah arab yang berusaha yang berjuang dengan tidak ada sedikit pun rasa takut pada yang 'sipemegang takhta arab',Syed Qutb,Hasan Albana,Maulana Jamaluddin dan sebagainya.Mereka ini mati kerana 'penjajah' yang menubuhkan kerajaan ditanah2 arab.Mengaku kerajaan raayat.Sebenarnya pihak2 yang bersekonkol dengan penjajah saja mengambil kesempatan peribadi diatas nama 'kerajaan raayat'.
               Disebalik peristiwa2 ini ramai pemikir pemikir dan orang orang' kemuliaan',orang2 arif bijaklaksana berjuang dengan cara mereka.Dengan cara menulis menyebarkan ilmu,membikin filem2 bermutu,melahirkan puisi dan sebagainya.Sebelum daripada itu mereka2 yang digelar 'orang-orang kemuliaan' begitu ramai termasuk yang tidak dikenali giat menyebarkan 'ilmu kesedaran' tentang yang benar.Imam Al-Qurthubi,Imam Ibnu Qayyim,Sayid Ahmad Ar-Rifa'i,Syaikh Ibnu 'Athaillah Al-Sukandari dam beberapa ramai lagi yang tak tersebut dan diluar pengetahuan yang berjuang menegakkan 'kebenaran'
              .Doa2 dari zaman meraka dan zaman 'orang-orang kemuliaan' yang lain hingga kini tidak henti-henti hinggalah saatnya akan tiba doa2 ini akan ditunaikan.Moga satu masa nanti kita akan melihat kebenaran dapat disanjung dan ditegakkan.Moga gerakan gerakan yang dikepalai oleh syaitan dapat dilemahkan dan akhirnya dihapuskan.Orang-orang PALASTIN juga bangsa manusia.

Saturday, October 16, 2010

Wahai yg digelar PERANTARA KEDAMAIAN.

Wahai yang 'berkuasa' ditanah2 arab,wahai yang 'diberi tanggungjawab' oleh bangsa manusia arab,wahai hamba2 Tuhan yang memegang tampok kuasa dinegeri negeri yang' bahasanya' digunapakai sebagai bahasa 'kitab yang agong' sedarlah atau tak usahlah berpura pura,takusahlah 'menunjuk muka baik',tak usahlah berselindung,tak usahlah kamu sembunyikan perasaan yang sebenarnya terhadap PALASTIN.Tak usahlah kononnya nampak kelihatan mahu bertolak ansur dan berbaiksangka terhadap rejim zionis israil.Marilah sama sama raayat Palastin bangun dan menentang.Dari hari kehari mereka menjarah Palastin.Dari masa kemasa kononnya Amerika sedang 'berperanan' menjadi orang tengah untuk kedamaian.Marilah istiharkan kepada dunia bahawa kau wahai bangsa manusia arab,kau ingin hindarkan dari dipermainkan oleh Amereka dan rejim zionis. Katakan kepada dunia' wahai yang memiliki takhta'bangsa manusia arab bahawa engkau tidak lagi mahu bersekonkol dengan REJIM. Pasangkan tekat diatas nama tangisan anak2 Palastin,diatas perasaan hiba ibubapa Palastin,diatas rasa dahaga dan lapar isteri2 yang kelingan suami,diatas panasnya terik matahari kerana bumbung2 rumah merea telah dijahanamkan oleh rejim,diatas rasa sejuk dingin malam hari anak2 yang sedang menyusu,diatas kesedihan anak2 kerana ibu dan bapa merka dibunoh oleh rejim zionis.Amerika,British menghalalkan penubohan negara Zion.Mereka yang menimbang dan menatang minyak yang penuh rejim zionis,mana mungkin mereka yang menjadi perantara kedamaian.Perantara kedamaian hendaklah diserahkan kepada 'KETULUSAN DAN BIJAKSANA.Jangan kau mempermain2kan' wahai perebut takhta' bangsa manusia arab.Ingatlah anak2mu anak2 bansamu anak2 dunia yang menginginkan kedamaian dan keadilan 'wahai perebut-perebut takhta kekuasaan'.Tak usahlahlah kau menunjuk2 bahawa rakusnya nafsu jahatmu kepada kami penghuni dunia yang inginkan kedamaian dan keadilan.Pecahlah benteng2 yang memaksamu jadi hepokrit,dan kalau dalam bahasamu bermakna 'munafik,'Insaflah 'wahai yang dberi takhta untuk membela raayatmu yang sedang ditindas dan dihina.

Thursday, October 14, 2010

Kesedaran yang benar

Baru dua hari lepas saya selesai shooting sebuah tele yang berjudol Selamat Datang Anak Anak Suamiku.Hari pertama shoot dengan scene yang pertama.Sempat juga menziarahi pusara P Ramlee.Hari kedua ibu kepada asst dir saya meninggal dunia dan tiga hari berikutnya digantikan sekejap asst dir Mior.Semasa Nain asst dir dalam 'kesedihan' kami sempat juga berbual2 tentang kematian. Setelah asst dir Nain balik berkerja saya dapati Nain masih lagi 'belum pulih' sepenohnya diatas pemergian bondanya.Bila saja ada ruang saya selalu berbual denganya.Saya lihat dia pun mula berubah kepada'kesedaran yang benar'.Saya selalu memberikan rangsangan pada dia supaya dia lebih teliti tentang diri,tentang apa yang kita perlu ingat dan lalukan .Alhamdulillah dia merimanya dengan dada terbuka. Saya mengingatkan diri saya dan dia bahawa ada 'satu kata kata' Ada dua perkara yang d'peruntukan kepada kita supaya kita memberikan perhatian yang serius dalam hidup ini iaitu KEMATIAN DAN AL QURAN.Melihat tiap2 yang hidup pastikan mati dan membaca dan memahami Al Quran  akan membuatkan kita mengenali siapa kita dan Tuhan Yang memciptakan semua perkara yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Monday, October 4, 2010

Orang-orang yg tidak tercapai akal fikiran 'meremehkan' HAMLET di Denmak,JEBAT di Melaka.

Hemlet dituduh oleh orang-orang yang 'tidak tercapai akal fikiran' untuk meremehkannya sebagai gila.HEMLET dituduh gila oleh orang-orang yang dekat dengan takhta bapa Hemlet.Orang orang ini kalau kita perhatikan betul2 mereka bersekonkol untuk 'mengnyahkan' Hamlet dari tahta Denmark.. Personkokolan ini berlaku apabila seorang yang penting dalam istana telah menjerumuskan diri dalam pembunuhan raja Denmark.Orang ini bercita-cita untuk menjadi maharaja.(maharajalela).Terbukti teori ini benar apabila raja mati silelaki ini telah berjaya mengahwini ibu Hemlet iaitu isteri kepada raja yang dibunuh. .Dalam tindakan2 Hemlet seterusnya untuk mengetahui punca sebenar pembunuhan ayahandanya  banyak kelihatan tingkahlakunya yg luarbisa.Inilah kesempatan yg mengundang pertuduhan gila terhadap Hemlet.
  Di Melaka berlaku peristiwa Jebat dituduh ber'mukah dengan dayang istana dan ini menyebabkan Sultan murka(marah) Jebat digambarkan kepada seluruh masyarakat melayu nusantara dan dunia, dalan teater dan filem dan juga dari cerita tentang sejarah pertikaman antara Jebat dan Tuah sebagai orang yang berkerat rotan,berputus asa,bengis dan mengamok seluruh istana dan menghalau Sultan.
Dari maklumat sejarah yang boleh dipercayai dan tidak tercatit didalam catitan buku sejarah Jebat adalah seorang yang gagah perkasa.baik tingkah laku,berbudipekerti mulia,soleh orangnya.Diantar sahabat2nya termasuk Hang Tuah dialah yang paling 'alim' orangnya,yang disenangi sultannya.Ada satu kisah mengatakan bahawa SULTAN PERNAH TERLENA DIPANGKUAN JEBAT kerana Jebat bijak bergurindam.Peristiwa ini kelihatanlah pelik tapi tidaklah mustahil Jebat yang soleh itu,yang berbudipekerti mulia itu disenangi oleh sultan.Dekatnya Jebat,rapatnya Jebat.betapa Sultan memberi perhatian pada Jebat tidaklah menjadi perkara pelik akan berlakunya irihati dan khianat terhadapnya dari orang2 yang berkepentingan dalam istana yang bercita2 untuk menarik perhatian sultan.Didalam istana Denmark perkara dengki khianat ini berlaku,sudah tentulah perkara yang sama akan berlaku dimana2 pun.Kalau benar Jebat yang hebat dikhianati alangkah sedihnya kita,ruginya kita kerana orang seperti inilah yang menjadi harapan kepada orang2 yang inginkan pembelaan.Dari sumber sejarah yang sama juga mengesahkan Hang Kasturi lah yang menuntut bela diatas' kematian' Hang Tuah,bukan JEBAT..

Sunday, October 3, 2010

Adakah HANG KASTURI orang arif bijaksana?

Semasa saya di Jambi Sumatra Indonisia semasa misi mencari dan menjejaki bekas tinggalan kesultanan Melaka,terdapat maklumat dari sejarawan Jambi mengatakan terdapat 'lukisan-lukisan kutbah'yang masih tersimpan disebuah masjid lama yang terletak dikawasan Kerinci iaitu sebuah daerah yang terdapat diJambi.Lukisan2 itu telah dilukis oleh 'pehak istana Melaka dan dibawa kesana oleh seorang ulama dengan tujuan supaya lukisan lukisan ini digunakan semasa membaca kutbah jumaat.Dengan kesedaran bahawa penduduk disitu telah lama mengamalkan agama hindu yang budayanya sukakan kepada lukisan2 atau lambang2,arca dan sebagainya.Saya terpegun bila mendapat maklumat ini.Sungguhlah pada satu ketika dulu melaka digelar sebagai Empayar Melalu Melaka.Ini diakui oleh dua orang sejarawan yang memberi bantuan pada saya.Banyak lagi bukti2 yang jelas yang terdapat diSumatra yang menunjukkan sebuah Empayar Melayu Melaka
.Ada dua buah masjid yang serupa dengan masjid yg terdapat diTengkera diMelaka.Mengikut sejarah masjid disitu rupa bentuknya seperti masjid diMelaka kerana pada waktu itu Melaka adalah pusat' kecermerlangan tamadun Melayu.' Semasa saya melakunkan watak Hang Jebat diteater dulu saya tak langsung mendapat maklumat ini.Dalam Hikayat Hang Tuah Jebat yang menderhaka.Dalam Hikayat Melayu atau Sulalat'us-Salatin yang dikumpulkan dan ditulis oleh Tun Sri Lanang bukan Jebat yang menderhaka,Kasturi yang menderhaka.Kalau kita melawat makam Hang Jebat di Melaka kita dapati dipapan kenyataan yang terdepat disitu pun mengesahkan kenyataan ini(kalau saya silap tolong betulkan).
Dalam naskah teater yang ditulis oleh Usman Awang salah seorang sastrawan negara kita menceritakan tentang kepahlawanan Jebat dengan judol Matinya Seorang Pahlawan.Mungkin pada waktu utu Usman Awang belum lagi mendapat maklumat ini.Saya juga pernah'berangan2' untuk  membuat sebuah filem tentang 'Kasturi mengamok' ini. Adakah orang2 seperti Kasturi(Jebat) dizaman ini,berani dan sanggup berkorban nyawa untuk menuntut yang hak,melawan dan 'menghancurkan kezaliman yang bermaharajalela.Adakah pahlawan yang seberi itu?.Tentu sekali bagi saya ada,tapi dengan cara yang amat berbeza.Saudara yang membaca boleh membuat andaian sendiri.Tentang ulama yang menyiapkan lukisan kutbah dari istana Melaka dan dibawa keKerinci,Jambi saya menganggap bahawa dia bukalah setakat ulama biasa malah dia saya anggap 'orang arifbijaksana'
.Orang arif bijaksana ini ada disemua peringkat latarbelakang manusia tidak kira dia seorang pesawah,pemimpin,ulama,pemandu teksi ,penulis.peniaga dan sebagainya.Adakah orang arif bijaksana ini termasuk Jebat,Kasturi,Hang Tuah dan pejuang2 seterusnya dan pejuang dizaman ini.Adakan orang arif bijaksana berjuang dengan penuh 'hemah' dan hikmah.semuanya tetulah apa yang dilakukan oleh orang2 ini dengan penoh arif lagi bijaksana.Saya fikir orang2 arifbijaksana ini amatlah diperlukan didalam kepimpinan negara.Orang arif bijaksana lah orang yang diharapkan oleh semua.Orang arif bijaksana orang yang disayagi Tuhan.

Saturday, October 2, 2010

Cerita dan arahan telefilem yg ke2 JANGAN

Rosham Nor dlm JANGAN
 JANGAN adalah telefilem tulisan dan arahan saya yang kedua.JANGAN mengisahkan 3 orang sahabat yang sejak dari sekolah rendah lagi mereka berkawan.Bila dewasa meraka bertiga menghadapi satu konflik yang membuat mereka jadi renggang,berdemdam dan syakwasangka.Syakwasangka adalah satu perkara yang merosakkan manusia malah kalau berlaku diatara negara,syakwasangka ini boleh menjadi perang besar besaran.Misalnya antara Thailand dengan Kambodia.Korea utara dan korea selatan.
Syakwasangka juga dilarang sesama kita kerana dikhuatiri campurtangan oleh syaitan dan menghasut supaya manusia semua termasuk dalam ajarannya dan musnah bersama2nya dalam neraka jahanam.Inilah yang terjadi pada salah seorang watak dalam telefilem ini.Dalan jiwanya penuh syakwasangka.Terjadilah pertengkaran dan pergaduhan dianrata dua orang sahabat sejati.Lalu yang seorang lagi terjepit ditengah tengah.Janganlah kerana perkara perkara baru yang masuk dalam kehidupan kita, kita membuang setikawan,kita menyahkan harga diri,menjatuhkan maruah kita.Janganlah kerana hanya keinginan kita semata mata kita ketepikan kawan dengan cara 'jijik'.Persahabatan yang kita bina berpuloh tahun kita ketepikan dengan sekelip mata saja.Fikir dan telitilah. kalau kita terasa dah terlanjur minta maaflah,jangankeras kepala.Kita sebenarnya selalu didampingi oleh setan yang ditugaskan untuk menghasut kita .Syakwasangka selalunya mendatangkan kesan yang amat buruk.Syakwasangka selalunya memberi fahaman 'konon' satu perjalanan pemikiran.Syakwasangka selalu memesongkan kita bahawa 'kononnya kita sedang meneliti satu satu perkara yang amat bermakna.
Begitulah didalam telefilen JANGAN ini syakwasangka menjadi nadi kepada pergerakan cerita untuk menuju kepenamatnya.Bila dilihat keseluran cerita ini kelihatanlah betapa buruknya wajah syakwasangka itu.Jangan sekali-kali memusnahkan persahabatan kerana kita bersyakwasangka,jangan sekali-kali kita meletakkan syakwasangka dihadapan kehidupan kita.Sahabat sejati adalah segala-galanya untuk kita hidup berkawan dan bermasyarakat.Tampa kawan sejati dimana kita dapat mengadu sesama manusia.Tampa sahabat sejati kepada siapa kita nak meceritakan perkara perkara yang kita tak mampu tanggung.Tampa sahabat sejati dengan siapa kita mengharapkan mendengar cerita kita sampai berjam jam.Tampa sahabat sejati dengan siapa kita nak bergelak ketawa sampai keluar airmata.JANGANlah sanggup membuang kawan kerana syakwasangka.
Nasir Bilan Khan dan Liza Zain dlm JANGAN

Saya dan Crew JANGAN sedang menunggu keretapi selepas subuh

Sedang mendengar dialog2 yg sedang disebut oleh Liza Zain.

Friday, October 1, 2010

Lebih baik dari seribu tahun.

Saya sendiri dan sahabat2 dari kalangan pelakon,  pengarah,penerbit sudah 'mangli',lali cemuih,bosan ,marah,tunggu masa untuk meletup saja dengan ketidak perihatihan pihak2 yg berwajib terhadap segala idea,rungutan saranan,cadangan terhadap penerbitan2 progrem tempatan terutamanya terhadap drama2 tempatan.Dari lebih kurang 15 thn dulu sejak saya mula menjadi pengarah drama dan filem bayarannya masih seperti dulu,bajet keseluran seperti dulu malah makin rendahnya jelas sekali.Stesyen2 tv masih membayar kpd syarikat2 penerbitan seperti 15 thn dulu.Harga minyak petrol dah berapa puloh kali naik,harga gula,barang2 keperluan,tol,hanga sewa rumah ,hanga kerata,tmbang teksi,hanga gula2.hanga lampin,minyak masak,harga bil air,letrik,harga tiket wayang,hanga popcons,hanga pensil,buka sekolah,yuran sekolah konon dah dimansuhkan tapi cikgu masih lagi meminta dari anak saya.Harga masuk tandas.harga parkir.harga pakaian harian,kalau ada offer bayar tol pun dari 12 tengah mlm. sampai pagi.Tol ni patut dibeli oleh kerajaan dan dikurangkan bayaran dan pada tempat2 tertentu di mansuhkan.saya teringat filem dulu kalau cerita purbawara,ada org2 jaht Demang mengutip Cukai atau bayaran tertentu kalau kita hendak melalui kawasannya.Jadi tokey2 tol janganlah perasan sangat kalau nak tunjuk muka mereka kat tv kata mereka tu 'berkidmat untuk raayat jelata konon'.Segala macam perkara ini adalah sebagai ingatan dan nasihat kepada mereka yang terlibat.Kalau tak ditulis taklah dapat tau apa yang ada didalam dada orang2 seperti saya .Jangan ingat ini adalah gelanggang politik.Gelanggang seni saya lebih selesa.Orang2 yang menonton drama tv dan filem terdiri dari orang yang berbagai2 latarbelakang dan parti politik.saya kira dengan sejujurnya mewakili mereka yang merasakan keperitan ini.
Perkara ini seperti virus yang merebak melalui angin,jadi kalu tak ditangani dengan 'jujur' maka dia akan merebak dan memusnahkan.Orang2 yang tertentu yang ada hubunhan 'istimewa' mendapat beratus2 jam untuk progrem tv,orang2 yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dan telah mempunyai rekot yang baik hanya tersenyum sinis bila mendengar  dan mendapat tahu perkara ini berlaku.Sampai bila kita mahu sama2 berubah?Mungkin bila saja tersedar dari tidur kita dapati dinding rumah kita bertukar kepada dinding kubur,munkin pada waktu ini barulah kita merayu pada tuhan supaya kita dihidupkan kembali supaya kita dapat melakukan kerja dengan seiklas dan jujur.Saya tak ada jawapan bagi pihak 'saudara'.Fikir dan renunglah sendiri.Ber'sendiri' dan merenung diri dan melihat apa yg telah kita lakukan dan akan dilakukan itu adalah lebih baik dari hidup seribu tahun.

Thursday, September 30, 2010

Gambar KENANGAN 2

Kenagan semasa menjadi juri di Pyongyang Korea Utara.
Inilah satu-satunya gambar tele yg berjodol BURUAN yg menyebabkan saya di tawarkan unt mengarah drama yg pertama. Cerita tentang hal ini saudara boleh baca dlm tulisan saya dalam sebutir debu diPINGGIRAN.


Ada kawan saya kata wajah saya unt watak ini seperti imbasan wajah saudara Hishamudin Rais.hahahaha.Harap saudara Hishamudin rais tak marah dan boleh ketawa saja.

Semasa saya aktif dipentas teater,Gambar ini menunjukkan saya memegang watak Jebat dalam teater Jebat Derhaka.

Wednesday, September 29, 2010

Gambar kenangan

Nasir sedang dlm perwatakan.

Ajeed art dir sedang bersembang2 ngan Amie Maziah Ajeed sekarang dan menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat yg besar,sedangkan Amie Maziah sbg asst dir sudah bergelar diertor drama yg mashor.(tak gitu Amie)selain menjadi
  asst dir. kepada saya Amie juga menjadi asst dir kepada diretor2 yg terkenal.

Amie sedang bersembang dengan Ida Narina semasa PINGGIRAN berlansung.

saudara Hamdan juga turut berlakon.Sekarang saudara Hamdan berkerja dengan saudara Jinggo(Dir)

sedang memberi arahan pada Ida Narina.

Nasir Bilan Khan dan Tam

Kenangan bersama juri dan delegasi International Pyongyang Film Festival didepan bekas rumah pengasas Korea Utara.
Bersama ngan Amie(terima kasih Amie)

Tuesday, September 28, 2010

Sebutir debu di PINGGIRAN.


Gambar2 yang kita lihat ini diambil dari telemovie saya yg pertama dlm tahun 1995.Tele ini tulisan saya sendiri,judulnya ialah PINGGIRAN.Bila saya memberitahu penerbit bahawa tele yg pertama hanya perlu bajet yg rendah.Bayaran yg diperlukan untuk saya ialah separuh saja.Separuh bayar sebagai pengarah,separuh bayar sebagai penulis skrip.                     Pada waktu itu tujuan saya hanyalah untuk penerbit merasa selesa dengan saya dan meluluskan bajet yg saya unjurkan.Ternyata dia setuju.Sebelun penerbit mengatakan keinginan dia kpd saya bahawa dia ingin memberi peluang unt saya mengarah ada satu peristiwa yg membuka jalan kearah itu.Pada satu hari saya telah membaca suratkhabar dan terbaca berita mengatakan seorang penerbit hendak menyaman seorang pengarah kerana tidak menyiapkan sebuah telemovie yg diterbitkan oleh penerbit tadi.Saya terkejut kerana tele itu saya yg berlakon dengan Azizah Mahzan.Peranan penting pulak tu.Sebelum ni dok berangan-angan,bila agaknya tele ni nak ditayangkan,judulnya BURUAN.Kebetulan tele ini hasil perbincanga saya dengan saudara Roslan Madun lalu jadilah skrip yg ditulis oleh Roslan Madun.
Saya mengambil keputusan unt berjumpa dengan penerbit dan saya katakan kepadanya walaupun beberapa adigan tak disiapkan tele tersebut saya boleh edit dan siapkan.Penerbit nanpak gembira dan dia menghulurkan sedikit wang perbelanjaan saya distudio.Kalau tak silap 3hari 3 malam saya berkurung dalam studio tak keluar2 makan nasi bungkus dan siap.Penerbit menghantar ke tv3.Tak berapa lama kemudian penerbit menalifon saya,katanya tv3 suka dengan cerita itu.Itulah sebabnya saya ditawarkan untuk mengarah telemovie saya yg pertama.Tercapailah cita2 saya yg sebenarnya.
Sebelum itu saya pernah menjadi asst dir. pada saudara Nasir Jani dan Johari Yusoff.Mereka inilah yg membuka ruang kepada saya untuk mengenal dan bergelumang dibelakang kamera.Seperti jugalah sebelum itu saya diteater dari crew,berlakon hingga kepenerbit dilatih.Terima kasih Normah Nordin.Rahman Adnan.Mohd Nor Yaacob.Ariff Awaludin dan lain2.Yang teramat istimewa insan yang tak dapat saya lupakan allahyarham Saudara MustaffaNoor.Dia yang membuka 'pekong' didada saya.Dia yang memecahkan tembok tembok penjara saya.Dia yang menampakkan mutiara dalam lumpur.dia yang yg menyedarkan saya bahawa saya hanya ibarat Sebutir debu diPINGGIRAN.

Bercerita tentang PINGGIRAN iaitu sebuah telefilem saya yang pertama ia adalah datang dari hati saya secara semulajadi.Ceritanya tentang seorang yg buta matanya yang dilakunkan oleh Nasir Bilan Khan yg kerjanya hanyalah menjual hasil kraftangan yang dihasilkan oleh insan2 yg senasib denganya.Dalam ia berulang alik dari seberang ketanah besar untuk kepekan melalui sebatang sungai yg luas dia sempat berkenalan dengan sorang gadis yg cantik.Gadis ini mengalami 'kecacatan' tidak boleh bertutur dengan baik.Kedengarannya tak berapa jelas.Yang ingin saya ceritakan adalah ,Apa sebenarnya yang ada kepada kedua2 mereka.Yang seorang buta dan dilihat tidak menarik wajahnya dan seorang lagi bertutur dengan tidak jelas.Bila sibuta mendengar percakapan sigadis yg tuturkatanya tidak menarik dan sigadis memandang lelaki yg didepanya,buta dan rupanya' yg tidak menarik' apakah yang membuat mereka saling menarik perhatian?
Kita pada masyarakat umum yang selau menjadi perhatian adalah luaran dulu.,kalau menarik luarnya maka yg ddalamnya perkara yg ke2,3.4.5.6.

Alasan2 yang selalu kita dengar tentang pilihan antara lelaki dan wanita adalah kononnya sidia adalah org yg memahami,mengambil berat.bertimbangrasa.cool.baik hati dan beberapa lagi segala pujian yang melangit.Jadi apa yang ada pada sigadis ini'yang dilakonkan oleh Ida Narina yang menyebabkan dia begitu tertarik sangat.Juga begitulah sebaliknya,apakah yang ada pada silelaki buta ini yang begitu tertarik dengan wanita yang tuturkatanya sungguh tidak sedap didengar?Perkara inilah yang menjadi topik utama 'bergeraknya' cerita ini.
Sampai hari ini saya masih lagi terkenang-kenang PINGGIRAN ini.Pergolakan jiwa orang2 yang jujur,yang tidak mementingkan hal2 luaran.'Luaran' ini akan tua,akan kedut akan bosan,akan menjadi semakin terkulai layu dan akhirnya reput.Yang dalam iaitu budipekerti mulia.lembut dan jernih hati.rasa cinta yang membara kerana kejujuran dan kebaikan yang sejati.Saling percaya,memegang tegoh pada janji,beristiqomah,redha,merendah diri.hidup dengan sabar dan ceria,sungguh besar jiwanya,mengharapkan 'keajaiban' datang dengan hati yang terbuka dan selalu rasa'harap' bahawa hidupnya akan dirahmati. Beberapa minggu yang lalu seorang kawan saya yang juga editor pada kerja2 saya seperti drama episod 'Sayang Cendana' dan telefilem 'Kabus' mencadangkan kepada saya supaya saya terlibat denganCinemaDigital.Agak menarik cadangan tu kerana cinema digital tak memerlukan wang yg banyak untuk membuatnya.Katanya saya kumpulkan kawan2 pelakon saya yg sanggup berkerja dengan saya tampa dibayar gaji.Gajinya nanti akan dibayar apabila sudah ditayangkan dipanggung dan kemudianya akan cuba mendapat tanyangan ditv pulak.Bagi pehakn editor dia akan menyediakan post productian secara seperti yang dilakukan pada pelakun2 tadi Bagi pehak saya akan menyediakan skrip dan mengarah.
Perkara ini sedang dlm pertimbangan dan sungguh menarik hati.Tapi naskahnya mestilah sungguh2 diluar kebi
asaan,kerana kalau seperti yang pernah dibuat atau pernah ditayangkan ditv atau panggung tak usahlah bersusahpayah mengajak kawan2 berkorban untuk melakukannya.
 .Saya fikir asas pada persiapan idea ialah mencari perkara2 yang kelihatan tersembunyi tetapi penoh dengan hikmah dan kejujuran.Bunyinya senang tapi  bolehkah ianya ditulis dan di visualkan dengan baik.Harapan ini dengan doa sebenarnya.Filem bukan hanya sematamata bagi tujuan perniagaan yang tiada batas keuntungan.Filem bukanlah hanyak mengikut kehendak2 orang ramai.Filem bukan hanya mengikut kehendak producer yang 'buta mata buta hati',filem bukan hanya untuk memberangsang hawanafsu yang'hodoh'.Manusia sebenarnya selama hidup 'kalau boleh' hanyalah ingin memuaskan hawanafsunya saja.Tiap masa 'mendodoi2 dan menimang2,bagai menatang minyak yang penoh nafsunya.Sedangkan 'ajaran yang mulia' mengajar kita supaya mencari ilmu bagaimana ingin menjaga dan mengawal hawanafsu   .Hawanafsulah yang akan menjahanamkan manusia.meruntuhkan tamadun dan menjadikan dunia ini hancur lebur.Saya terfikir2 adakah saya tertanggung apa yang saya ucapkan?Adakah saya akan dimaafkan?adakah kita semua akan selamat?INSYAALLAH akan selamat dan dirahmati. Amin.