Saturday, March 19, 2011

KONONnya mereka pembela!

KONONnya orang2 bertamaddun dari Amereka dan England sedang bertindak atas nama kemanusian untuk melindungi raayat biasa Libya dengan menghujan peluru berpandu ke atas Libya. Betulkah?.Sudah berapa negara atas nama kemanusian yg sama mereka bertindak tapi akhirnya terbarai segala niat yg jahat!

.Saya sudah tidak ada kepercayaan sampai bila2 kepada MEREKA.Merekalah hero,merekalah pembela,merekalah pelindung dunia!!!.Ramai orang malah tidak terkira raayat dunia yang tidak percaya kepada mereka.Gantilah pemimpin mana pun termasuk Barac Obama semuanya sama saja.Moga satu masa nanti,Insayaallah kebenaran dan keadilan kepada mereka yang diinayai akan terbela INSYAAALLAH, kata dan nyayian Mahair Zain.

Wednesday, March 9, 2011

Bukan raayat tetapi pemimpin arab.

Dah lama kita kata,dah lama kita sembang tentang bangsa arab.Kita kata sebab Al Quran diturunkan dalam bahasa arab kerana arab adalah satu bangsa yg amat 'degil' lagi 'sukar'. Kita katakan bangsa arab sungguh lemah kerana dibiarkan kuasa2 besar dunia(sendiri faham)menguasai mereka dan kita lihat dan nampak dengan jelas bangsa arab ini dikongkong dan diperkuda oleh kuasa2 besar dunia.Kecuali ada satu dua orang pemimpin arab yg masih hidup tidak boleh di perlakukan sesuka hati kuasa2 besar itu.

Hari ini kita terbuka biji mata kerana telah berlaku ribut perubahan yg sudah lama membarah dan pecah menyembur bertaburan dan kesannya dunia menjadi 'celik'.Jawapanya pada persoalaan selama ini yg mengatakan bangsa arab gitu dan gini sudah terungkai dan terjawab

.Bukan bangsa arab'yang degil lagi sukar' tapi orang2 yg telah berkuasa dan mengumpul harta terpaksa mengikut telunjuk kuasa2 besar kalau mahu terus berkuasa dan mengumpul harta.Ini jugalah senjata kuasa2 besar(kejahatan abadi) dengan memberikan ruang mengumpul harta maka 'kau' boleh bertahan dalam kekuasaan.Ini jugala senjata orang2 'busuk dan cinta dunia' hendak menguasai dunia'(konon)Ini jugalah orang2 yg telah tertipu dan ditipu oleh dunia,sedar2 pada satu ketika 'dia' berada didalam kubur.Dan juga mereka ini mungkin tidak beriman dengan alam gaib jadi mereka mengatakan bahawa pabila mati,maka habislah cerita.Itulah orang2 yg kita lihat telah dimalukan dan dijatuhkan kedalam kancah kehinaan sekarang ini di negara2 arab, moga ini menjadi iktibar dan pedoman untuk yg bergelar manusia.