Sunday, November 7, 2010

Selamat pengantin baru En.JAMIL.

Dua hari lepas saya sekeluarga memenuhi jemputan kawin yang jarang2 saya hadiri.Saya disambut dengan meriah oleh keluarga pengantin dengan pakaian tradisional.Begitu jugalah pengantin dipakai dengan pakaian lengkap seperti seorang pahlawan melayu dulukala.Kelihatan pengantin tersenyum simpul meyambut para tetamu dengan salam dan sekali -sekala berpelukan.Mungkin kawan2 rapat dan sanak saudara,sepupu dan sebagainya.Kelihatan juga bila saya mencuri2 pandang pengantin perempuan memegang tangan pengantin lekaki.Betapa manis dan bahagia rasanya .Saya rasa bersyukur dan teringat kembali detik2 masa yang sama dulu.Kelihatan juga ibu dan bapa pengantin perempuan berpakaian melayu seperti juga corak dan warna pakaian pengantin.
Teringat saya semasa waktu kecil dulu.Persandingan dijalankan pada waktu mlm.Mulanya selepas isyak dipenuhi majlis berendoi(memuji2 kebesaran Ilahi dan memuji2 kemulian Nabi dengan melodi dan syair2 yang indah)dan juga diselangseli dengan makan-minum yang lazat2.Kanak-kanak berkeliaran sementara persiapan persandingan sedang berjalan dengan meriahnya.Satu pelantar yang dipanggil balai telah disediakan dengan gotong-royong oleh masyarakat kampung sejak seminggu sebelum hari kenduri lagi.Balai inilah tempat makan dan tempat berendoi itu.Kira-kira jam 4 pagi barulah majlis berendoi tadi berenti.Sementara orangramai termasuk kanak-kanak masih lagi belum tidur,kalau ada yang tertidur  pun nanti akan dikejutkan orang supaya semua yang hadir itu dapat melihat pengantin diatas pelamin dengan meriahnya .
Betapa bila pengumuman dibuat oleh pengurusi majlis bahawa pengantin baru akan dipersandingkan maka semua mata akan tertumpu diatas rumah pengantin.Orang2 yang diatas balai pun dapat melihatnya kerana balai telah dibina dengan mengambi lkira untuk semua orang dapat melihat pengantin baru yang diatas pelamin.Begitu hebat,halus dan beradabnya pengantin baru dipersandingan yang juga digelar RAJA SEHARI.Penganti bukan sebarangan,pengantin dijaga dan dianggap,dilayan seperti raja untuk sehari.Jelingan pengantin akan diusik dan dimeriahkan oleh para tetamu.Riuh-rendah usik-usikan tetamu kepada pengantin.Tersenyum simpullah pengantin.
.Kalau dibandingkan majlis kenduri kawin sekarang dibandar dan majlis kawin dulu dikampung seperti langit dengan bumi.Segala persiapan dilibatkan seluruh kampung.Seluruh kampung juga merasa bangga dan meriah pada waktu saya masih lagi kecil.Saya rasa sudah hilang segala kemeriahan,keindahan dan budaya yang amat manis itu.Apa daya atas nama kemodenan dan masa yang bergerak begitu pantas sedikit demi sedikit kita telah tinggalkan yang kita punya dan secara tidak langsung telah mengembang budaya 'penjajah' dalam kehidupan kita.
Dimajlis kawin yang saya hadiri hanya LUARAN saja kelihatan budayanya tapi tingkah laku tindak tanduk kita langsung sudah tertinggal jauh.Mana ada pengantin melayu datang bersalam-salaman dan berpelukan ditengah2 orang-ramai.SUDAH TIDAK ADA manisnya lagi,walaupun kelihatan 'moden dan canggih'.Dari sudut lain pun tidaklah salah apa2.Tapi yang terhapus musnah adalah budaya yang baik.Budaya yang baik ini agama tidak melarang malah digalakkan.Selagi kita tidak sedar bahawa budaya,kebudayan itu penting untuk dipelihara(yg baik)maka kita akan hilang identiti bangsa manusia.Bila kita hilang identiti,anak2 lansung tidak mengenal identiti bangsanya.
Bila generasi baru ini tidak mengenal identiti bangsanya sendiri maka tunggulah keruntuhan bangsa itu.Manusia dijadikan berbangsa2,bersuku2 untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain supaya kita lebih faham dan mengerti erti kehidupan.Lebih mengenal diri sendiri siapa kita sebenarnya.Salam.

No comments:

Post a Comment