Sunday, January 9, 2011

Sdr.Mior Hashim Manaf , Teater Kreatif dan Istana Budaya.

Semasa saya mula berteater sekitar Panggung Drama Jalan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum saya ikut bersama2 dengan kumpulan teater The Drama Centre(saya belajar disitu)dengan Allahyarham sdr.Mustafa Noor(guru saya),Normah Nordin,Rahman Adnan,Mohd Noor Yaacob dan juga sahabat saya Ariff Awaludin yang pandai menari tu dll kawan2 yg tak tersebut disini. Sdr.Mior Hashim Manaf dan Ezaidah Khairan(Eize) amat2lah tersohor pada ketika itu dlm teater.

Baru2 ni saya terlihat beberapa gambar Mior dlm facebook dan poster2 teaternya seperti Syyy dan Wira Bukit.Teater Syy pada waktu itu sangatlah popular begitu juga teater Wira Bukit tulisan sastrawan Negara A.Samad Said.

Teater Wira Bukit saya terlibat dengan Nasir Jadi sbg pembantu dlm menata cahaya dan kalau tak silap Suhaimi Baba pun ikut sama dlm pementasan itu.

Yang saya ingin katakan disini adalah,tidak ada usaha kah Istana Budaya atau tak terlintaskah nama2 seperti nama Mior Hashim Manaf(1 contoh saja) untuk dipanggil berbincang untuk pementasan2 besar mereka?.

Kawan yang saya kenali ramai di Istana budaya tu termasuklah SdrLokman Gani yg saya hormati.Tak ingat kat Mior ke?Tak ingat ke sahabat2 teater yang berjuang behabis2an satu ketika dulu dan sekarang orang2 baru,( sungguh berjaya) dlm persembahan teater yang di pentaskan di Istana Budaya.

Tak kreatifkah mereka?.Tak ada idea baru kah mereka?.Mereka tak diperlukan kah dizaman yang serba canggih ni?.Mereka tak boleh menyesuaikan diri kah dengan pentas yang tercangih tu?.Tak ada rasa kah pada mereka yang SATU KETIKA DULU BERTUNGKUS LUMUS MEMENTASKAN TEATER DENGAN WANG POKET SENDIRI?.

.Renung sejenak,fikir sebentar dengan jujur sejujurnya pada pandangan Istana Budaya mereka ni 'pengganggu" ke?Salam hormat saya pada teman2 dan kenalan2 teater di Istana Budaya dan di luar sana.Harap pandangan ini hanya dibuat bual-bualan di gerai luar bersebelahan Istana Budaya saja.Terima Kasih.

3 comments:

  1. setuju abg mael!cumanya kita lupa nak bertanya pernah ke diusulkan naskah yg berpotensi utk dipasarkan? ke tak ada langsung usaha ke arah tu? atau mungkin kertas kerja @ proposal tak menarik? ke tak pernah hantar langsung? atau bersediakah utk tidak mementingkan seni berkarya semata2 tetapi juga berdaya saing menarik penonton? ke tak ada kerangka & formulanya? tak tau ler yang mana satu...ya ampun!

    ReplyDelete
  2. masih ku ingat lagi zaman kita buat lighting Wira Bukit...tahun 85.saya masa tu baru nak rasa peritnya jadi karyawan.abg mael masa tu dah terbiasa dgn susah senangnya...tiap2 hari abis keja kul 4 pagi, turunkan abg mael kat tepi highway tmn koperasi polis gombak.yg peliknya kat situ kebun sayur...

    satu soalan: abg mael redah kebun sayur tu ke nak balik rumah?

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha,Epol masih ingat,Nasir Jani kot redah kebun sayur tu....Harap Mior baca tulisan kita.Salam Pool.

    ReplyDelete