Monday, January 3, 2011

Berkeras hati tidak akan mendatangkan Cahaya.

Awal Jan 2011 yang didengar dari ucapan Presiden Korea Selatan yang lembut dan bertanggungjawab,begitulah juga kata2 dari Korea Utara yang mahu jalan damai dibuka dan diteruskan.
.

Walaupun masing2 bertegas bahawa kalau sempadan dan negara di ceroboh mereka tak akan berdiam diri.

.Itulah sifatnya sebagai pemimpin sesebuah negara.Apa yang terbaik untuk negara dan raayatnya bukan atas kepentingan peribadi atau parti politiknya saja tapi mengabaikan raayat terbanyak.

.Kadangkala kita mausia melakukan kesilapan tak terkecuali siapa termasuklah para pemimpin.Jadi terbukalah minda dan dada untuk dikritik dan di tegur oleh raayat.

Tak salah mengaku kesilapan dan memohon maaf .Perbuatan memohon maaf didalam Islam adalah perbuatan yang amat mulia.Didalam kita berkawan dan bermasyarakat pun kalau kita memohon maaf kita akan disenangi dan di hormati.Orang yang dipohon maaf merasa amat senang dan kebanyakannya akan di maafkan dengan seberapa segera.Kecualilah kes2 yang amat rumit.

Memohon maaf juga bukanlah satu perkara yang amat mudah di sebut begitu saja.Memohon maaf adalah satu perkara yang dilakukan dengan amat tulus ikhlas dan dari hati sanubari bahawa apa kesilapan yang telah dilakukan amatlah dikesalkan dan perkara itu tidak patut dilakukan sehingga menyebabkan orang lain mengalami kesusahan,kehinan,dan sebagainya dengan amat teruk sekali.

.Marilah kita melihat dan megoreksi diri,sesungguhnya kita pasti pernah melakukan perkara2 yang membuat orang lain terluka dan berdendam.

Berdendam dan berbalas dendam tidak akan menyelesaikan semua masaalah malah merumitkan lagi masa2 mendatang.

.Marilah 'merendah diri' dalam ertikata yang sebenar.

Korea perlu bersatu dan hidup bagai saudara.Perbezaan fahaman dan pendapat bukan alasan kita tidak boleh hidup aman damai.

Berkeras hati tidak akan menjernihkan jiwa dan tidak mendatangkan cahaya.Salam.

No comments:

Post a Comment