Sunday, January 16, 2011

Azan berkumandang di masjid2,jangan kelam kabut.

Isu azan di masjid kg Kerinci.Ingatan saya pada saudara2,adik kakak janganlah penik.Kalau yang bernama 'kebenaran' itu sudah pasti ianya tak menakutkan sesiapa.

Baca balik,rujuk balik hadis2 nabi,minta nasihat orang2 yg berilmu dlm agama.Bagaimana agaknya Nabi Muhammad mengeluarkan nasihatnya pada seseorang yg membaca alQuran dengan kuat dlm masjid(waktu itu tak ada pembesar suara) jangan ganggu orang lain yg berbagai2 keadaan mereka dan cara mereka untuk mendekatkan diri pada Allah.Itu dlm masjid.

Walau bagaimanapun azan dengan pembesar suara hanyalah harus.Janganlah abg2 dan pakcik2 kita menunjuk perasaan yg menampakkan bahawa anutan kita adalah sesuatu yg golojoh.Sabarlah pada sesuatu perkara yg berkaitan dengan menyeru kepada kebaikan.Saya rasa amat jelas ada hadis tentang itu.

Teguran ini hendaklah ditimbang2 dan difikir2kan untuk kebaikan semua.Islam itu perkara benar jangan pula tindakan kita dilihat boleh mengikis kepercayaan tentang perkara benar ini.Harapan saya pada imam2 dan orang2 yg selalu mendampingi masjid teruskanlah segala usaha dakwah  yg selama ini sudah berjalan dengan eloknya.Akhir kata saya memohon maaf sekiranya kata2 saya boleh melukakan.Salam

Saturday, January 15, 2011

Langit mendung,hujan rintik2 ,panas hanya seketika.

Hari ini seperti semalam,semalam seperti beberapa hari yg lepas.Mendung dan kadang2 hujan rintik2 panas.Ada orang berlari2 kecil kerana bimbang hujan yg mula2 rintik membawa bersama penyakit.

.Cuaca sekarang terkepong dan tak mampu untuk bergerak laju.Angin seperti diperentah untuk itu,perut juga meragam.
Negaraku Malaysia engkau harus tabah menghadapi dugaan.

Sunday, January 9, 2011

Sdr.Mior Hashim Manaf , Teater Kreatif dan Istana Budaya.

Semasa saya mula berteater sekitar Panggung Drama Jalan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum saya ikut bersama2 dengan kumpulan teater The Drama Centre(saya belajar disitu)dengan Allahyarham sdr.Mustafa Noor(guru saya),Normah Nordin,Rahman Adnan,Mohd Noor Yaacob dan juga sahabat saya Ariff Awaludin yang pandai menari tu dll kawan2 yg tak tersebut disini. Sdr.Mior Hashim Manaf dan Ezaidah Khairan(Eize) amat2lah tersohor pada ketika itu dlm teater.

Baru2 ni saya terlihat beberapa gambar Mior dlm facebook dan poster2 teaternya seperti Syyy dan Wira Bukit.Teater Syy pada waktu itu sangatlah popular begitu juga teater Wira Bukit tulisan sastrawan Negara A.Samad Said.

Teater Wira Bukit saya terlibat dengan Nasir Jadi sbg pembantu dlm menata cahaya dan kalau tak silap Suhaimi Baba pun ikut sama dlm pementasan itu.

Yang saya ingin katakan disini adalah,tidak ada usaha kah Istana Budaya atau tak terlintaskah nama2 seperti nama Mior Hashim Manaf(1 contoh saja) untuk dipanggil berbincang untuk pementasan2 besar mereka?.

Kawan yang saya kenali ramai di Istana budaya tu termasuklah SdrLokman Gani yg saya hormati.Tak ingat kat Mior ke?Tak ingat ke sahabat2 teater yang berjuang behabis2an satu ketika dulu dan sekarang orang2 baru,( sungguh berjaya) dlm persembahan teater yang di pentaskan di Istana Budaya.

Tak kreatifkah mereka?.Tak ada idea baru kah mereka?.Mereka tak diperlukan kah dizaman yang serba canggih ni?.Mereka tak boleh menyesuaikan diri kah dengan pentas yang tercangih tu?.Tak ada rasa kah pada mereka yang SATU KETIKA DULU BERTUNGKUS LUMUS MEMENTASKAN TEATER DENGAN WANG POKET SENDIRI?.

.Renung sejenak,fikir sebentar dengan jujur sejujurnya pada pandangan Istana Budaya mereka ni 'pengganggu" ke?Salam hormat saya pada teman2 dan kenalan2 teater di Istana Budaya dan di luar sana.Harap pandangan ini hanya dibuat bual-bualan di gerai luar bersebelahan Istana Budaya saja.Terima Kasih.

Saturday, January 8, 2011

Antara INTERLOK dan "Paria"

Kenapa sekumpulan orang yang tiba2 buat bising tentang novel sastrawan Negara "Interlok".Kenapa mereka menganggap 'Interlok' menghina mereka.?.Kenapa orang2 ni bising?.

Tak usahlah mengambil pelajarandari satu kumpulan NGO yang selalu buat bising tentang hal2 satu kaum tu saja?

Saya menulis bukan kerana nak sebut tentang satu kaum yang suka buat bising.Saya menulis kerana,kenapa ada satu kumpulan yang tak dikenali tiba2 buat bising tentang novel INTERLOK?. Kenapa mereka tak buat bising tentang novel yang ditulis oleh penulis terkenal India Mulk Raj Anand yang berjudul UNTOUCHBLE yang diterbit semula dengan jodol "PARIA" oleh Oxford University Press?.

Tak usahlah ada 'perkara2 lain' disebalik hal yang bersangkut paut dengan sastra.2 yang diiktiraf.

Banyak dan terlalu berlambak2 buku2 atau filem2 yang menceritakan tentang bangsa India dan budayanya yang diceritakan atau di filemkan dengan cara begitu buruk sekali.

Bak kata Dr.Ilias Zaidi novel Interlok harus dipandang dari  sebagai 'novel sosiologi' bukan 'novel etnik'.

Tak usahlah sensitf pada perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Orang2 yang masih lagi berbicara dan melaung2kan tentang kaum,orang2 itu sebenarnya sudah jauh tertinggal  dan  tak berkelayakan pun untuk hidup bersama-sama manusia dizaman ini.Salam.

Wednesday, January 5, 2011

SEBIJI bawang besar hanganya 50 sen!

Harga sebiji bawang besar bersaiz tomato yang sederhana gred B or C berharga lebih kurang 50 sen.

HARGA SEBIJI BAWANG BESAR 50 sen tak masuk akal bagi surirumah atau sesiapa saja yang sering membeli barang keperluan setiap hari.

.Nanti jangan ada menteri yang suruh kita jangan makan bawang pula!.Harap perkara ni dapat diatasi segera.Raayat teramai di Malaysia ni nak makan apa? Itu baru bawang belum lagi berderet2 barang2 keperluan harian .Fikir-fikirkan lah!

Tuesday, January 4, 2011

Dunia memang bercelaru setiap masa.

Dunia semakin bercelaru. Selalu kita dengar kata2 itu.Memanglah dari masa kemasa ia menjadi makin bercelarulah.Dari awal dulu lagi dunia memang bercelaru.Kalau tak percaya buatlah rujukan!

.Apa yang boleh diharapkan sangat.Kalau kita kejar bagai nak gila pun dunia tak berlari2 kemana.Akhirnya sedar2 dah ada dalam kubur.

Dunia masih lagi di buru oleh orang2 yang hilang akal dan mencipta tamaddun bodoh yang lebih bodoh dari tamaddun JAHILLiah.Apa itu tamaddun jahiliah?. Tamaddun jahiliah ialah dimana manusia belum lagi mendapat pedoman dan petunjuk kejalan kebenaran dan bila mendapat pedoman tapi masih lagi mahu meneruskan tabiat2 burok dan hodoh.

Oleh itu janganlah mengikut segala kehendak duniawi.Jadikan dunia tempat hidup dan dapat mengendalikan diri supaya tidak dapat di buli oleh dunia dan orang2 yang' menghadapkan' diri pada dunia.Salam
                               

Monday, January 3, 2011

Berkeras hati tidak akan mendatangkan Cahaya.

Awal Jan 2011 yang didengar dari ucapan Presiden Korea Selatan yang lembut dan bertanggungjawab,begitulah juga kata2 dari Korea Utara yang mahu jalan damai dibuka dan diteruskan.
.

Walaupun masing2 bertegas bahawa kalau sempadan dan negara di ceroboh mereka tak akan berdiam diri.

.Itulah sifatnya sebagai pemimpin sesebuah negara.Apa yang terbaik untuk negara dan raayatnya bukan atas kepentingan peribadi atau parti politiknya saja tapi mengabaikan raayat terbanyak.

.Kadangkala kita mausia melakukan kesilapan tak terkecuali siapa termasuklah para pemimpin.Jadi terbukalah minda dan dada untuk dikritik dan di tegur oleh raayat.

Tak salah mengaku kesilapan dan memohon maaf .Perbuatan memohon maaf didalam Islam adalah perbuatan yang amat mulia.Didalam kita berkawan dan bermasyarakat pun kalau kita memohon maaf kita akan disenangi dan di hormati.Orang yang dipohon maaf merasa amat senang dan kebanyakannya akan di maafkan dengan seberapa segera.Kecualilah kes2 yang amat rumit.

Memohon maaf juga bukanlah satu perkara yang amat mudah di sebut begitu saja.Memohon maaf adalah satu perkara yang dilakukan dengan amat tulus ikhlas dan dari hati sanubari bahawa apa kesilapan yang telah dilakukan amatlah dikesalkan dan perkara itu tidak patut dilakukan sehingga menyebabkan orang lain mengalami kesusahan,kehinan,dan sebagainya dengan amat teruk sekali.

.Marilah kita melihat dan megoreksi diri,sesungguhnya kita pasti pernah melakukan perkara2 yang membuat orang lain terluka dan berdendam.

Berdendam dan berbalas dendam tidak akan menyelesaikan semua masaalah malah merumitkan lagi masa2 mendatang.

.Marilah 'merendah diri' dalam ertikata yang sebenar.

Korea perlu bersatu dan hidup bagai saudara.Perbezaan fahaman dan pendapat bukan alasan kita tidak boleh hidup aman damai.

Berkeras hati tidak akan menjernihkan jiwa dan tidak mendatangkan cahaya.Salam.