Thursday, September 30, 2010

Gambar KENANGAN 2

Kenagan semasa menjadi juri di Pyongyang Korea Utara.
Inilah satu-satunya gambar tele yg berjodol BURUAN yg menyebabkan saya di tawarkan unt mengarah drama yg pertama. Cerita tentang hal ini saudara boleh baca dlm tulisan saya dalam sebutir debu diPINGGIRAN.


Ada kawan saya kata wajah saya unt watak ini seperti imbasan wajah saudara Hishamudin Rais.hahahaha.Harap saudara Hishamudin rais tak marah dan boleh ketawa saja.

Semasa saya aktif dipentas teater,Gambar ini menunjukkan saya memegang watak Jebat dalam teater Jebat Derhaka.

Wednesday, September 29, 2010

Gambar kenangan

Nasir sedang dlm perwatakan.

Ajeed art dir sedang bersembang2 ngan Amie Maziah Ajeed sekarang dan menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat yg besar,sedangkan Amie Maziah sbg asst dir sudah bergelar diertor drama yg mashor.(tak gitu Amie)selain menjadi
  asst dir. kepada saya Amie juga menjadi asst dir kepada diretor2 yg terkenal.

Amie sedang bersembang dengan Ida Narina semasa PINGGIRAN berlansung.

saudara Hamdan juga turut berlakon.Sekarang saudara Hamdan berkerja dengan saudara Jinggo(Dir)

sedang memberi arahan pada Ida Narina.

Nasir Bilan Khan dan Tam

Kenangan bersama juri dan delegasi International Pyongyang Film Festival didepan bekas rumah pengasas Korea Utara.
Bersama ngan Amie(terima kasih Amie)

Tuesday, September 28, 2010

Sebutir debu di PINGGIRAN.


Gambar2 yang kita lihat ini diambil dari telemovie saya yg pertama dlm tahun 1995.Tele ini tulisan saya sendiri,judulnya ialah PINGGIRAN.Bila saya memberitahu penerbit bahawa tele yg pertama hanya perlu bajet yg rendah.Bayaran yg diperlukan untuk saya ialah separuh saja.Separuh bayar sebagai pengarah,separuh bayar sebagai penulis skrip.                     Pada waktu itu tujuan saya hanyalah untuk penerbit merasa selesa dengan saya dan meluluskan bajet yg saya unjurkan.Ternyata dia setuju.Sebelun penerbit mengatakan keinginan dia kpd saya bahawa dia ingin memberi peluang unt saya mengarah ada satu peristiwa yg membuka jalan kearah itu.Pada satu hari saya telah membaca suratkhabar dan terbaca berita mengatakan seorang penerbit hendak menyaman seorang pengarah kerana tidak menyiapkan sebuah telemovie yg diterbitkan oleh penerbit tadi.Saya terkejut kerana tele itu saya yg berlakon dengan Azizah Mahzan.Peranan penting pulak tu.Sebelum ni dok berangan-angan,bila agaknya tele ni nak ditayangkan,judulnya BURUAN.Kebetulan tele ini hasil perbincanga saya dengan saudara Roslan Madun lalu jadilah skrip yg ditulis oleh Roslan Madun.
Saya mengambil keputusan unt berjumpa dengan penerbit dan saya katakan kepadanya walaupun beberapa adigan tak disiapkan tele tersebut saya boleh edit dan siapkan.Penerbit nanpak gembira dan dia menghulurkan sedikit wang perbelanjaan saya distudio.Kalau tak silap 3hari 3 malam saya berkurung dalam studio tak keluar2 makan nasi bungkus dan siap.Penerbit menghantar ke tv3.Tak berapa lama kemudian penerbit menalifon saya,katanya tv3 suka dengan cerita itu.Itulah sebabnya saya ditawarkan untuk mengarah telemovie saya yg pertama.Tercapailah cita2 saya yg sebenarnya.
Sebelum itu saya pernah menjadi asst dir. pada saudara Nasir Jani dan Johari Yusoff.Mereka inilah yg membuka ruang kepada saya untuk mengenal dan bergelumang dibelakang kamera.Seperti jugalah sebelum itu saya diteater dari crew,berlakon hingga kepenerbit dilatih.Terima kasih Normah Nordin.Rahman Adnan.Mohd Nor Yaacob.Ariff Awaludin dan lain2.Yang teramat istimewa insan yang tak dapat saya lupakan allahyarham Saudara MustaffaNoor.Dia yang membuka 'pekong' didada saya.Dia yang memecahkan tembok tembok penjara saya.Dia yang menampakkan mutiara dalam lumpur.dia yang yg menyedarkan saya bahawa saya hanya ibarat Sebutir debu diPINGGIRAN.

Bercerita tentang PINGGIRAN iaitu sebuah telefilem saya yang pertama ia adalah datang dari hati saya secara semulajadi.Ceritanya tentang seorang yg buta matanya yang dilakunkan oleh Nasir Bilan Khan yg kerjanya hanyalah menjual hasil kraftangan yang dihasilkan oleh insan2 yg senasib denganya.Dalam ia berulang alik dari seberang ketanah besar untuk kepekan melalui sebatang sungai yg luas dia sempat berkenalan dengan sorang gadis yg cantik.Gadis ini mengalami 'kecacatan' tidak boleh bertutur dengan baik.Kedengarannya tak berapa jelas.Yang ingin saya ceritakan adalah ,Apa sebenarnya yang ada kepada kedua2 mereka.Yang seorang buta dan dilihat tidak menarik wajahnya dan seorang lagi bertutur dengan tidak jelas.Bila sibuta mendengar percakapan sigadis yg tuturkatanya tidak menarik dan sigadis memandang lelaki yg didepanya,buta dan rupanya' yg tidak menarik' apakah yang membuat mereka saling menarik perhatian?
Kita pada masyarakat umum yang selau menjadi perhatian adalah luaran dulu.,kalau menarik luarnya maka yg ddalamnya perkara yg ke2,3.4.5.6.

Alasan2 yang selalu kita dengar tentang pilihan antara lelaki dan wanita adalah kononnya sidia adalah org yg memahami,mengambil berat.bertimbangrasa.cool.baik hati dan beberapa lagi segala pujian yang melangit.Jadi apa yang ada pada sigadis ini'yang dilakonkan oleh Ida Narina yang menyebabkan dia begitu tertarik sangat.Juga begitulah sebaliknya,apakah yang ada pada silelaki buta ini yang begitu tertarik dengan wanita yang tuturkatanya sungguh tidak sedap didengar?Perkara inilah yang menjadi topik utama 'bergeraknya' cerita ini.
Sampai hari ini saya masih lagi terkenang-kenang PINGGIRAN ini.Pergolakan jiwa orang2 yang jujur,yang tidak mementingkan hal2 luaran.'Luaran' ini akan tua,akan kedut akan bosan,akan menjadi semakin terkulai layu dan akhirnya reput.Yang dalam iaitu budipekerti mulia.lembut dan jernih hati.rasa cinta yang membara kerana kejujuran dan kebaikan yang sejati.Saling percaya,memegang tegoh pada janji,beristiqomah,redha,merendah diri.hidup dengan sabar dan ceria,sungguh besar jiwanya,mengharapkan 'keajaiban' datang dengan hati yang terbuka dan selalu rasa'harap' bahawa hidupnya akan dirahmati. Beberapa minggu yang lalu seorang kawan saya yang juga editor pada kerja2 saya seperti drama episod 'Sayang Cendana' dan telefilem 'Kabus' mencadangkan kepada saya supaya saya terlibat denganCinemaDigital.Agak menarik cadangan tu kerana cinema digital tak memerlukan wang yg banyak untuk membuatnya.Katanya saya kumpulkan kawan2 pelakon saya yg sanggup berkerja dengan saya tampa dibayar gaji.Gajinya nanti akan dibayar apabila sudah ditayangkan dipanggung dan kemudianya akan cuba mendapat tanyangan ditv pulak.Bagi pehakn editor dia akan menyediakan post productian secara seperti yang dilakukan pada pelakun2 tadi Bagi pehak saya akan menyediakan skrip dan mengarah.
Perkara ini sedang dlm pertimbangan dan sungguh menarik hati.Tapi naskahnya mestilah sungguh2 diluar kebi
asaan,kerana kalau seperti yang pernah dibuat atau pernah ditayangkan ditv atau panggung tak usahlah bersusahpayah mengajak kawan2 berkorban untuk melakukannya.
 .Saya fikir asas pada persiapan idea ialah mencari perkara2 yang kelihatan tersembunyi tetapi penoh dengan hikmah dan kejujuran.Bunyinya senang tapi  bolehkah ianya ditulis dan di visualkan dengan baik.Harapan ini dengan doa sebenarnya.Filem bukan hanya sematamata bagi tujuan perniagaan yang tiada batas keuntungan.Filem bukanlah hanyak mengikut kehendak2 orang ramai.Filem bukan hanya mengikut kehendak producer yang 'buta mata buta hati',filem bukan hanya untuk memberangsang hawanafsu yang'hodoh'.Manusia sebenarnya selama hidup 'kalau boleh' hanyalah ingin memuaskan hawanafsunya saja.Tiap masa 'mendodoi2 dan menimang2,bagai menatang minyak yang penoh nafsunya.Sedangkan 'ajaran yang mulia' mengajar kita supaya mencari ilmu bagaimana ingin menjaga dan mengawal hawanafsu   .Hawanafsulah yang akan menjahanamkan manusia.meruntuhkan tamadun dan menjadikan dunia ini hancur lebur.Saya terfikir2 adakah saya tertanggung apa yang saya ucapkan?Adakah saya akan dimaafkan?adakah kita semua akan selamat?INSYAALLAH akan selamat dan dirahmati. Amin.





Monday, September 27, 2010

Anak Bongsu

Ini anak bongsu saya hari rabu ni masuk umurnya 2th.Terbayang saya masa saya besar dia dulu macammana agaknya.Nampak dia sedang memegang reket badminton,adakah nanti bila besar dia seorang pemain betminton profesional?.Atau menjadi guru,doctor dan sebagainya.Saya juga teringat semasa sebelum dia dilahirkan.2 th sebelum ni dia tiada.Dia dimana?Begitulah juga saya.Sebelum saya dilahirkan.Sebelum saya dijadikan ibubapa saya dimana?Buat masa ini dia belum boleh bercakap.Saya pun bermula dengan tak boleh bercakap.Begitulah dengan ibubapa saya.Sekarang kedua ibubapa saya dah tiada.Peristiwa ini berlaku berulang2 dari mulanya Adam dan Hawa hinggalah kini.Dari tiada kepada ada kemudian tak ada semula[mati].Saya harus sedar selalu peristiwa ini berulang2 tampa henti sehinggalah 'dunia ini musnah'.Adakah hidup kita yg singkat ini kita rasa bahagia,bebas sebagai manusia.Adakah perlu takut.adakah perlu membuang masa dengan slogan2 tentang kaum,kumpulan,bangsa.Adakah kita tidak merasa hidup selesa dengan semua org tak kira bangsaKenapa mesti kita bertekat  mahu 'berkawan' dengan slogan kalau menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan.Kenapa kita tidak mahu membuka dan berlapang dada dengan sesiapa pun.Kenapa kaum menjadi pertaruhan.Kenapa tidak perkara mulia tulus ikhlas menjadi pertimbangan kita dlm hidup bermasyarakat.Adakah seruan2 'mulia' diutama kepada satu2 kelompok.seruan2 mulia semuanya kepada' wahai manusia'.Wahai manusia mari kita berkenal-kenalan antara satu sama lain.Berbaik sangka atara satu sama lain.Kenapa dlm dunia yg serba canggih unt mendapat segala maklumat,ilmu kita masih tertinggal jauh.Kenapa kita tidak mahu melihat dan menyenarai segala keburukan kita.Kita akan pergi.Dan yg baru akan mengambil alih.Kenapa kita bertindak seperti kita akan menguasai dunia ini dan kita akan lambat mati.Kita sebenarnya makin cepat kpd mati.Ini yg dapat saya catitkan bila saya melihat gambar anak bongsu saya yg akan menyambut hari lahir yg ke2.Maka saya sebagai bapanya makin dekat kenegeri yg akan saya pindah yg diberi nama 'alam barzakh'.

Sunday, September 26, 2010

Filem, LENJAN.


International Jury,Pyongyang International Flm Festival.

  1. Semasa saya dijemput menjadi juri di International Pyongyang Flm Festival,beberapa perkara yg baru saya temui.Salah satunya flm2 yg diterbitkan oleh hollywood lansung tak dibenarkan menyertainya.Saya dapat melihatn flm dari Poland,Russia.Cuba.dari Iran.negara2 Arab,dan Africa.Yang paling menarik ialah' Pesuruhjaya' Palastine menjemput kami dijamuan makan sempena festival itu walaupum mereka tidak menghantar sebuah flm pun. Kedutaan2 negara yg bertanding tak usah kiralah dengan ingatan ingin 'melobi' menjemput kami dan melayan kami pehak juri yg seramai lima orang itu.Filem yg memenagi sebagai flm terbaik di Festival itu adalah dari Iran.Saya sempat bertemu dengan pengarahnya dan dia berkata bahawa dia tak sempat menunggu sampai tamatnya festiwal itu kerana dia akan ke Belanda untuk mengarah sebuah flm disana.Dia berkata betapa Belanda terbuka kepada sesiapa saja pengarah yg 'berkebolehan' dan telah diuji unt membuat flm disana.Saya amat terasa betapa fikiran yg 'luas' dan waras telah memberi ruang kepada sesiapa yg berhak.Adakah ditempat saya dilahirkan begitu diberi hak kpd yg berhak.Diberi ruang kepada yg berhak.Atas dasar apakah pertimbangan kepada insan2 yg berhak.Atas dasar 'kemampuan' atau atas dasar 'perkara2 hitam' yg diamalkam oleh orang2 zaman jahiliah dulu atau atas dasar'.. bangsa'.

Thursday, September 23, 2010

Telemovie "Kabus"

Telemovie "Kabus" yang terbaru ini telah ditayangkan di Astro memberi kesan yang dalam terhadap diri saya dan sahabat-sahabat saya dalam dunia drama TV.

"Kabus" walaupun bukan tulisan saya tetapi ia agak dekat dengan apa yang ingin saya sampaikan kepada penonton. Satu perkara yang amat nyata dari pengalaman saya kalau kita ingin sampaikan sesuatu tetapi alatnya tidak mempunyai persediaan yang mampan, contohnya pelakun yang tidak berkemampuan untuk menyampaikannya maka saya akan jadi tergugat untuk menyampaikannya.

Bertuah saya dalam "Kabus" saya mendapat pelakun yang mampu menyampaikannya, malah memberikan yang lebih baik.